Cara Semak Status Halal Bagi Produk Atau Premis Makanan Secara Online

Cara Semak Status Halal Bagi Produk Atau Premis Makanan Secara Online

Ikuti langkah mudah untuk anda semak status halal produk atau premis makanan secara online melalui Portal Rasmi Halal Malaysia.

Portal Halal Malaysia ini dikelola dibawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), jadi portal ini dipercayai dan boleh digunapakai untuk buat rujukan berkaitan status halal sesebuah produk atau premis makanan.

Langkah ini pastinya sangat penting terutamanya mereka yang beragama Islam. Ini kerana mencari yang halal itu adalah fardhu atau wajib. Jadikan produk atau makanan tersebut halal dan selamat untuk digunakan kepada kita.

Ditambah lagi dengan isu yang tengah hangat diperkatakan berkaitan kartel daging import yang katanya meragui status halalnya. Jadi selepas ini, anda boleh semak status halal tersebut sendiri secara online sahaja sebelum anda membuat pembelian makanan di mana-mana pasaraya.

Cara Semak Status Halal 

Langkah 1 :

Pergi ke Portal Halal Malaysia dengan klik disini

Langkah 2 :

Kemudian pilih negeri tempat anda tinggal

Cara Semak Status Halal Bagi Produk Atau Premis Makanan Secara Online

Langkah 3 : 

Kemudian pilih kategori yang berkaitan

Cara Semak Status Halal Bagi Produk Atau Premis Makanan Secara Online

Langkah 4 :

Tapi nama kedai makanan, jenama, produk atau yang berkaitan di dalam ruang yang disediakan

Cara Semak Status Halal Bagi Produk Atau Premis Makanan Secara Online

Langkah 5 :

Jika tidak keluar carian anda. Anda juga boleh semak melalui kategori yang disediakan pada bahagian Kategori/Skim

Cara Semak Status Halal Bagi Produk Atau Premis Makanan Secara Online

Akan dipaparkan nama kedai atau premis makanan tersebut atau nama produk tersebut beserta tarikh luput sijil halal mereka. Jika ada, tiada keraguan lagi untuk anda beli produk daripada kedai mereka.

Harap ini membantu untuk anda memastikan status halal produk atau premis makanan tersebut telah mendapat cop halal JAKIM atau tidak. 

Post a Comment

Previous Post Next Post