Jersi Baru Pasukan Kebangsaan Malaysia 2020/2022 Diperkenalkan Secara Rasmi

Jersi Baru Pasukan Kebangsaan Malaysia 2020/2022 Diperkenalkan Secara Rasmi

Selepas beberapa hari teaser daripada FAM, hari ini secara rasmi diperkenalkan jersi baru pasukan kebangsaan Malaysia bagi musim 2020/2022.

Edisi 2020-2022 ini masih dikeluarkan oleh pihak Nike yang mana buat pertama kali sejak 2007, jersi utama (Home Jersy) tampil dengan reka bentuk berkolar.

Sesi pelancaran tahun ini berbeza dengan sebelum-sebelum ini kerana ianya hanya dilancarkan secara virtual sahaja walaupun pada awalnya ia dijadualkan di adakan secara fizikal. Tapi disebabkan masih lagi dalam tempoh PKPB ianya terpaksa di adakan secara virtual. Ianya disiarkan secara serentak diseluruh platform media sosial FAM iaitu di Facebook, Twitter, Instagram dan Youtube.

Jersi Baru Malaysia 2020/2022

Untuk rekod, Nike pernah menaja jersi pasukan Kebangsaan Malaysia bermula pada tahun 2007, 2008, 2010, 2012, 2014, 2016, 2018 dan terbaru untuk tahun 2020. Ditambah pula kali ini merupakan reka bentuk pertama mengenakan rekaan berkolar untuk jersi 'home'. 

Warna tradisi bagi jersi 'home' masih dikekalkan iaitu warna kuning bersama warna hitam iaitu pada kolar, lengan dan garis corak terkini Nike pada bahagian kanan dada. Manakala logo FAM dikekalkan pada bahagian kiri dada.

Jersi Baru Pasukan Kebangsaan Malaysia 2020/2022 Diperkenalkan Secara Rasmi

Sementara itu, jersi 'away' pula tampil dengan warna hitam sebagai warna utama diselangi 5 jalur berwarna kuning dibahagian depan serta kolar bulat dan hujung lengannya juga berwarna kuning. Katanya ianya diinspirasikan daripada Jalur Gemilang namun hanya menggunakan penggabungan antara warna hitam dan kuning.

Jersi Baru Pasukan Kebangsaan Malaysia 2020/2022 Diperkenalkan Secara Rasmi

Dalam pelancaran jersi baru pasukan kebangsaan Malaysia ini, ia menampilkan 10 pemain kebangsaan iaitu Aidil Zafuan Abd Radzak, Shahrul Saad, Syahmi Safari, La'Vere Corbin-Ong, Brendan Gan, Nor Azam Abdul Azih, Syamer Kutty Abba, Syafiq Ahmad, Shahrel Fikri Md Fauzi dan penjaga gol, Farizal Marlias serta penampilan istimewa ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe.

Jersi baru pasukan Kebangsaan Malaysia 2020/2022 ini sudah boleh didapati mulai hari ini, 4 Disember 2020 di outlet Nike terpilih atau secara online di www.nike.com/my atau www.al-ikhsan.com atau penjualan secara fizikal bermula 11 Disember 2020 dengan harga RM299 untuk jersi home dan jersi away. 

Jadi macam mana jersi baru ni? dengan harga RM299 anda nak beli tak selai?


sumber : Persatuan Bola Sepak Malaysia

Post a Comment

Previous Post Next Post