PKPB Di KL Dan Selangor Dilanjutkan, Pergerakan Rentas Daerah & Negeri Kini Dibenarkan

PKPB Di KL Dan Selangor Dilanjutkan, Pergerakan Rentas Daerah & Negeri Kini Dibenarkan

Melalui pengumuman daripada sidang media harian semalam, arahan PKPB di Kuala Lumpur dan Selangor dilanjutkan manakala Putrajaya di tamatkan. Selain itu, kini pergerakan rentas daerah dan negeri dibenarkan.

Ianya dimaklumkan sendiri oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan keputusan ini dibuat selepas penilaian risiko oleh KKM.

Jadi arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan yang sepatutnya dijadualkan akan tamat pada 6 Disember kini akan dilanjutkan untuk 14 hari lagi bermula 7 Disember hingga 20 Disember 2020

Tetapi...

3 Zon Di Selangor Ditamatkan PKPB

Walaupun di Selangor, arahan PKPB dilanjutkan tetapi ianya tidak melibatkan 3 daerah atau zon iaitu di Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor. Ketiga-tiga daerah ini mencatatkan kes jangkitan COVID-19 yang terkawal seperti yang dimaklumkan dan kini ianya kembali kepada PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan).

PKPB Di KL Dan Selangor Dilanjutkan, Pergerakan Rentas Daerah & Negeri Kini Dibenarkan.

Untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, ianya dilanjutkan untuk semua kawasan dan di Putrajaya pula, PKPB ditamatkan secara keseluruhan.

PKPB Di KL Dan Selangor Dilanjutkan, Pergerakan Rentas Daerah & Negeri Kini Dibenarkan.

PKPB Di KL Dan Selangor Dilanjutkan, Pergerakan Rentas Daerah & Negeri Kini Dibenarkan.

Kebenaran Rentas Daerah Dan Negeri

Dalam sidang media tersebut juga, Datuk Seri Ismail Sabri juga mengumumkan SOP terbaru bagi seluruh kawasan PKPB dan PKPD dan antara intipati penting adalah kebenaran rentas daerah dan negeri.

Jika sebelum ini, hanya negeri PKPP sahaja yang dibenarkan untuk rentas daerah dan negeri manakala PKPB tidak dibenarkan. Jadi mulai 7 Disember 2020, negeri atau kawasan PKPB dibenarkan untuk rentas daerah dan negeri.

PKPB Di KL Dan Selangor Dilanjutkan, Pergerakan Rentas Daerah & Negeri Kini Dibenarkan.

Oleh itu, tiada lagi sekatan jalan raya oleh pihak polis kecuali di kawasan PKPD sahaja. Anda tidak lagi perlu dapatkan permit rentas negeri bagi bergerak ke kawasan PKPB selepas ini.

Selain itu, semua kenderaan dibenarkan membawa penumpang mengikut jumlah kapasiti tempat duduk kenderaan masing-masing. Tidak lagi terhad untuk 3 orang sahaja seperti sebelum ini.

PKPB Di KL Dan Selangor Dilanjutkan, Pergerakan Rentas Daerah & Negeri Kini Dibenarkan.


sumber : MKN

Post a Comment

Previous Post Next Post