KWSP Umumkan 2 Kriteria Bagi Permohonan Pengeluaran i-Sinar Sehingga RM10,000

KWSP Umumkan 2 Kriteria Bagi Permohonan Pengeluaran i-Sinar Sehingga RM10,000

Selepas beberapa minggu isu pengeluaran akaun 1 KWSP, baru-baru ini pihak KWSP sendiri telah umumkan 2 kriteria bagi pengeluaran i-Sinar ini.

Seperti yang dimaklumkan sendiri oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), permohonan pengeluaran i-Sinar dibuka kepada semua ahli KWSP yang terjejas pendapatan akibat COVID-19.

Mereka juga turut mengumumkan kriteria dan butiran kemudahan i-Sinar yang kini dibuka permohonan secara online bermula 21 Disember 2020. Kriteria kelayakan adalah seperti dibawah.

Kriteria Permohonan Pengeluaran i-Sinar

Terdapat 2 kriteria bagi permohonan pengeluaran akaun 1 KWSP ini.

Kategori 1

Mereka yang layak termasuk ahli yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.

Kriteria bagi Kategori 1 adalah seperti berikut :

1)  Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan ATAU

2)  Ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas Mac 2020.

Bagi kategori ini :

  • Tiada dokumen sokongan diperlukan
  • Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalam KWSP
  • Ahli yang perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020

Untuk kategori ini, pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021.

KWSP Umumkan 2 Kriteria Bagi Permohonan Pengeluaran i-Sinar Sehingga RM10,000

KWSP Umumkan 2 Kriteria Bagi Permohonan Pengeluaran i-Sinar Sehingga RM10,000

KWSP Umumkan 2 Kriteria Bagi Permohonan Pengeluaran i-Sinar Sehingga RM10,000

KWSP Umumkan 2 Kriteria Bagi Permohonan Pengeluaran i-Sinar Sehingga RM10,000

Kategori 2

Kategori ini adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 30 Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenalpasti melalu dokumen yang diberikan.

Untuk melancarkan proses pengesahan, KWSP memerlukan dokumen sokongan daripada ahli iaitu :

  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan dan
  • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan / atau tuntutan kerja lebih masa

Jika dokumen di atas tidak dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan

Bagi kategori ini, ahli boleh memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov mulai 11 Januari 2021.

Jumlah Kelayakan i-Sinar

Ini tertakluk kepada baki simpanan Akaun 1 ahli berdasarkan butiran terkini seperti berikut :

a)  Ahli yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum 6 bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5000.

b)  Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran maksimum 10% atau RM60,000 (yang mana lebih rendah) daripada Akaun 1. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum 6 bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000.

Contoh :

KWSP Umumkan 2 Kriteria Bagi Permohonan Pengeluaran i-Sinar Sehingga RM10,000

Bagi memastikan kelancaran proses pemohonan, ahli digalakkan untuk mendaftar i-Akaun, mengemaskini kini nombor telefon bimbit untuk menerima TAC di kios atau kaunter KWSP, dan memastikan nombor akaun bank mereka adalah aktif.



Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended