PM Tan Sri Muhyiddin Antara Individu Terawal Terima Suntikan Vaksin

PM Tan Sri Muhyiddin Antara Individu Terawal Terima Suntikan Vaksin

Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia akan menjadi individu terawal menerima suntikan vaksin COVID-19 bagi meyakinkan rakyat yang vaksin diterima adalah selamat dan berkesan.

Perdana Menteri berkata di dalam sidang video dimana selepas beliau, suntikan vaksin akan diikuti oleh petugas barisan hadapan sebelum diedarkan kepada kumpulan sasar atau golongan berisiko seperti orang tua dan pesakit kronik.

Kerajaan menjangkakan akan menerima vaksin pada peringkat permulaan daripada Pfizer seawal bulan Februari 2021.

Selain dari itu, Perdana Menteri juga telah mengesahkan perjanjian dengan AstraZeneca iaitu sebuah syarikat biopharmaceutical bagi mendapatkan 6.4 juta dos atau 10 peratus lagi suntikan vaksin.

Kerajaan juga dalam peringkat akhir bagi perundingan dengan Sinovac, CanSino dan Gamaleya untuk mendapatkan bekalan vaksin sebanyak 26.5 juta.

PM Tan Sri Muhyiddin Antara Individu Terawal Terima Suntikan Vaksin

Beliau juga mengumumkan Kerajaan akan terus berunding dengan syarikat terlibat bagi memastikan Malaysia mendapat bekalan vaksin yang mencukupi. 

Pada akhir video tersebut, Tan Sri Muhyiddin menyeru kepada semua rakyat Malaysia supaya mengamalkan budaya norma baharu dalam kehidupan walaupun individu telah diberi vaksin kelak.


sumber : astroawani

Post a Comment

Previous Post Next Post