Apa Itu Bell's Palsy? Apakah Gejala, Punca Dan Cara Rawatannya

Apa Itu Bell's Palsy? Apakah Gejala, Punca Dan Cara Rawatannya

Anda pernah nampak wajah seseorang senget sebelah walaupun umurnya masih muda dan nampak sihat. Itulah dia Bell's Palsy. Apa punca berlaku keadaan keadaan sedemikian? Ada gejala dan bagaimana cara rawatannya?

Baru-baru ini tular seorang artis, Faye Kusairi kongsikan keadaan kesihatannya apabila dia mengalami Bell's Palsy dimana wajahnya senget sebelah seakan-akan keadaan strok tetapi ia bukan strok. Selain itu, pelakon dan pelawak terkenal, Adibah Nor juga mengalami keadaan yang sama baru-baru ini.

Jadi selapas itu, seorang doktor, Dr Kamarul Ariffin tampil berkongsian informasi di twitter beliau (dr_chaku)berkaitan masalah kesihatan ini. Beliau kongsikan apa itu Bell's Palsy, apakah gejala-gejala, punca, faktor-faktor yang boleh menyebabkan seseorang terkena Bell’s Palsy dan juga cara rawatan. 

Apa Itu Bell's Palsy? Apakah Gejala, Punca Dan Cara Rawatannya

Apa Itu Bell's Palsy?

Bell's palsy adalah kelumpuhan sebelah muka akibat saraf kranium VII (CNVII) terjejas. Saraf ini melibatkan otot mimik muka, sebahagian deria lidah, kelenjar air mata dan air liur.

Gejala-Gejala

Antara gejala yang dirasai dan anda boleh lihat apabila seseorang terkena Bell's Palsy ini adalah :

Muka senget / tak simetri 

  • Kebas pada muka 
  • Air liur meleleh tak terkawal
  • Mata sukar ditutup dan berair 
  • Pertuturan tak jelas
  • Kurang deria rasa pada lidah
  • Sakit telinga

Punca

Menurut perkongsian doktor tersebut, punca sebenar Bell's Palsy masih tidak lagi jelas. Walaubagaimanapun ada beberapa kemungkinan iaitu merupakan jangkitan virus pada CNVII lalu ia mengalami alami keradangan dan membengkak menyebabkan ia tersepit dan juga berlaku pengaktifan semula virus herpes zoster pada saraf di bahagian geniculate ganglion.

Ia mungkin boleh terkena pada sesiapa sahaja, tetapi antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan seseorang lebih berisiko terkena Bell's Palsy ini seperti :

  • Kehamilan
  • Pre-eklampsia
  • Obesiti
  • Darah tinggi
  • Kencing manis
  • Stress

Apa Itu Bell's Palsy? Apakah Gejala, Punca Dan Cara Rawatannya

Cara Merawat Bell's Palsy

Jika anda, kenalan atau ahli keluarga anda terkena Bell's Palsy ini, mungkin ini antara rawatan yang bolah dibuat :

1)  Oral steroid

Ia digunakan untuk mengurangkan keradangan dan bengkak pada saraf CNVII. Ini dapat mengurangkan CNVII daripada tersepit.

2)  Ubat antiviral

Memandangkan ada kemungkinan jangkitan virus yang menjadi punca berlakunya Bell’s Palsy, maka ubat antiviral digunakan. 

3)  Penjagaan mata

Kadang-kadang mata tidak boleh ditutup rapat, ini akan menyebabkan mata menjadi kering. Maka mata akan ditutup/ditampal.

4)  Fisioterapi

Fisioterapi akan ajar senaman muka dan gunakan modaliti elektrik pada saraf muka untuk merangsang pemulihan.

rawatan bell's palsy

5)  Akupunktur

Ini adalah rawatan komplementari (tambahan) yang boleh dicuba. Keberkesanannya dalam proses kajian lanjut.

Menurut Doktor Kamarul, jika jalani rawatan, Bell's Palsy ni lazimnya boleh pulih dalam masa 2-4 minggu. Namun ada juga yang pulih lebih lambat, dan ada juga yang tidak pulih sepenuhnya. Walaubagaimanapun peratusan untuk sembuh adalah tinggi. Jangan putus asa!


sumber : [twitter dr_chaku]

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments