#ANAM2020 : Lagu Ittihad Nyanyian Rabbani Dinobat Sebagai Laju Nasyid Terbaik Tahun 2020

#ANAM2020 : Lagu Ittihad Nyanyian Rabbani Dinobat Sebagai Laju Nasyid Terbaik Tahun 2020

Tahniah kepada kumpulan Rabbani dengan lagu Ittihad selepas dinobatkan sebagai lagu nasyid terbaik tahun 2020 dalam Anugerah Nasyid Malaysia 2020.

Buat julung kalinya, Anugerah Nasyid Malaysia 2020 (ANAM2020) diadakan bagi mengiktiraf dan mengangkat penggiat industri muzik ke peringkat yang lebih tinggi. Usaha ini mendapat kerjasama daripada pihak Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (KKMM) beserta Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Acara buat julung kali ini menawarkan 11 kategori dipertandingkan. 8 daripadanya dipilih daripada juri profesional dan 3 daripada undian peminat menerusi laman web ANAM sendiri. Dengan tema “Sejarah Tercipta, Irama Bergema” pastinya membuatkan lagi ianya meriah.

Walaupun dilakukan dalam mod norma baharu iaitu tanpa kehadiran penonton bagi mematuhi segala SOP, tetapi ianya masih meriah. Ini kerana ramai penasyid legend kembali dan membuat persembahan pada malam tersebut. Antara yang terlibat ialah Saujana, Raihan, Rabbani, Hijjaz, Inteam dan ramai lagi. Mereka yang membesar dengan lagu-lagu nasyid daripada kumpulan ini pastinya terpalit dengan nostalgia dan merindui suatu masa dahulu.

Persembahan paling epik sekali pada malam tersebut apabila 4 kumpulan nasyid bergabung atas pentas yang sama dan menyanyikan lagu masing-masing yang pernah popular ketika masa duhulu. Kumpulan tersebut adalah Brothers, Rabbani, Hijjaz dan Raihan. Rindu beb!

#ANAM2020 : Lagu Ittihad Nyanyian Rabbani Dinobat Sebagai Laju Nasyid Terbaik Tahun 2020

#ANAM2020 : Lagu Ittihad Nyanyian Rabbani Dinobat Sebagai Laju Nasyid Terbaik Tahun 2020

ANAM2020 telah disiarkan menerusi RTM TV1 dan juga menerusi striming di laman web ANAM dan facebook live ANAM pada Sabtu Ahad lepas, jam 9 malam. Anugerah Nasyid Malaysia diacarakan oleh 2 selebriti yang tidak asing lagi iaitu Hafiz Hamidun dan Fara Fauzana.

Tahniah Kepada Rabbani Dan Tahniah Kepada Semua Pemenang ANAM2020

Daripada kesemua kategori yang dipertandingkan pastilah kategori Nasyid Terbaik 2020 ditunggu-tunggu. Lagu nasyid manakah yang terbaik sepanjang tahun 2020 ini. Jadi jom kita tengok senarai penuh bagi pemenang Anugerah Nasyid Malaysia 2020

#ANAM2020 : Lagu Ittihad Nyanyian Rabbani Dinobat Sebagai Laju Nasyid Terbaik Tahun 2020

sumber : Astrogempak

Artis Nasyid Pilihan (Undian)
Inteam

Artis Baru Pilihan (Undian)
Aniq Muhai


Artis Nasyid Nusantara (Undian)
Sabyan Gambus

Video Muzik Terbaik
- TIADA -

Lirik Nasyid Terbaik
ITO Lara
Lagu: Ittihad

Vokal Terbaik Dalam Lagu
Rabbani
Lagu: Ittihad

Susunan Muzik Terbaik
Omar K
Lagu Putaran | Artis: Fareed Zane

Rakaman Lagu Terbaik
Amin Nordin
Lagu: Sakit | Artis: Areef

Anugerah Kembara (Anugerah Khas)
InTeam

Anugerah Khalifah (Anugerah Khas)
Raihan

Lagu Nasyid Terbaik
Ittihad – Rabbani

Post a Comment

Previous Post Next Post