Wanita Ini Kongsikan Cara Membersihkan Air Fryer Dengan Betul

cara cuci air fryer dengan mudah dan betul

Air Fryer juga merupakan peralatan yang perlu dibersihkan selepas menggunakannnya. Oleh itu, jom kita tengok cara membersihkan air fryer dengan betul supaya ianya menjadi lebih bersih.

BACA : Senarai Jenama Air Fryer Terbaik Yang Anda Boleh Dapatkan Untuk Tahun 2020

Air Fryer digunakan untuk memasak makanan tanpa atau kurang menggunakan minyak. Jadi pastinya selepas menggunakannya, akan ada kesan lebihan makanan akan melekat pada keliling bekas di dalam dan juga foil yang memanaskan makanan tersebut.

Dengan peralatan dapur yang kompak, pastinya ada ruang yang sukar untuk dicapai untuk melakukan proses pembersihan. Jangan risau, anda boleh ikuti perkongsian daripada Amanda Tan bagaimana dia mencuci dan membersihkan Air Fryer dengan betul. 

Cara Membersihkan Air Fryer

Dalam perkongsian, dia 6 bahan dan peralatan sahaja. Sebagai contoh, beliau menggunakan Air Fryer jenama Philips. Jadi jom kita tengok cara membersihkan Air Fryer.

Adalah lebih baik setiap kali menggunakan Air Fryer kita cuci dengan baik. Tapi jika tidak mampu, mungkin 2-3 kali selepas menggunakannya, kita cuci dan bersihkan. Ingatlah, kita gunakan dalam masakan dan ianya berkaitan dengan kesihatan dan keselamatan kita kan

Bahan Dan Peralatan

  1. Cuka Buatan
  2. Soda Bikarbonat
  3. Span Lembut
  4. Sabun Cuci Pinggan
  5. Kain Bersih / Tisu
  6. Berus Plastik

cara membersihkan air fryer dengan betul

Cara-Cara

Untuk langkah awal keselamatan, pastikan anda sudah tutup dan cabut plug Air Fryer dan pastikan ianya sudah dalam keadaan sejuk

Permulaan, cuci bakul Air Fryer terlebih dahulu. Keluarkan daripada perutnya dan asingkan terlebih dahulu bekas jaring di dalamnya.

Kemudian lapkan bahagian dalam dan sekeliling bakul Air Fryer dengan tisu

cara cuci air fryer dengan mudah dan betul

Seterusnya untuk cuci bakul jaring. Terlebih dahulu, didihkan air di dalam bekas. Kemudian letakkan semula bakul jaring ke dalam bakul Air Fryer tersebut.

Jika air sudah mendidih, tuang atau masukkan air ke dalam bakul Air Fryer bersama-sama dengan bekas jaring sehingga jaring tersebut tenggelam. Cara ini bagi memudahkan sisa makanan yang melekat pada jaring tersebut mudah tercabut

*jangan guna berus besi untuk cuci jaring, takut coating akan tertanggal

cara cuci air fryer dengan mudah dan betul

Untuk memudahkan dan mempercepatkan lagi proses, tambahkan sedikit cuka buatan dan setengah sudu soda bikarbonat ke dalam bakul Air Fryer yang mengandundi air mendidih tersebut. Goncangkan sedikit

cara cuci air fryer dengan mudah dan betul

cara cuci air fryer dengan mudah dan betul

Dalam masa yang sama, berus sedikit bekas jaring tersebut dengan berus plastik perlahan-lahan. Jangan gunakan berus besi.

cara cuci air fryer dengan mudah dan betul

Dalam masa 3-5 minit, buang kesemua air tersebut dan keluarkan bakul jaring tersebut. Kemudian cuci kesemua permukaan bakul jaring menggunakan span lembut bersama-sama sabun cuci pinggan.

cara cuci air fryer dengan mudah dan betul

cara cuci air fryer dengan mudah dan betul

Jika sudah selesai, bilas dengan air yang mengalir

cara cuci air fryer dengan mudah dan betul

Dah selesai, cuci pula bakul Air Fryer dengan span lembut bersama-sama sabun pencuci pinggan. Jika selesai, bilas dengan air seperti biasa

cara cuci air fryer dengan mudah dan betul

Kemudian kita akan cuci bahagian dalam badan air fryer itu pula. Baringkan terlebih dahulu Air Fryer tersebut supaya bukaan badannya menghala ke atas. Ini bagi memudahkan lagi proses mencuci. Lebih baik, alaskan AF anda dengan kain lapik

cara cuci air fryer dengan mudah dan betul

Ambil kain lembut dan basahkan sedikit dengan air. Pertama sekali, lapkan pada bahagian foil secara bulatan dengan perlahan-lahan. Kemudian lap pada bahagian permukaan dalam badan Air Fryer sehingga bersih.

cara cuci air fryer dengan mudah dan betul

cara cuci air fryer dengan mudah dan betul

Akhir sekali, cuci bahagian luaran Air Fryer dengan kain supaya nampak berkilat dan bersih daripada kekotoran. Lap sahaja seperti biasa sehingga bersih.

cara cuci air fryer dengan mudah dan betul

Selesai...


sumber : [Amanda Tan]

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments