Astro Belanja Saluran Baru Sementara (Pop-Up), FAM TV Bermula 15 Disember 2020

Astro Belanja Saluran Baru Sementara (Pop-Up), FAM TV Bermula 15 Disember

Berita baik kepada semua pelanggan Astro. Bermula 15 Disember 2021, Astro memperkenalkan salurang baru sementara (pop-up channel) iaitu FAM Tv.

FAM Tv merupakan saluran terbaru yang menyajikan program hiburan terbaik untuk seisi keluarga. Channel ini akan mengembalikan nostalgia anda di era 80-an dan 90-an ketika dahulu.

Dalam saluran ini, anda akan ditayangkan banyak cerita yang pernah terkenal ketika dahulu seperti Kampung Boy, Mr. Bean, Coffee Prince, Doraemon, Phua Chu Kang, Gelanggang Raja Lawak dan banyak lagi.

Saluran FAM Tv Terbaru

Astro Belanja Saluran Baru Sementara (Pop-Up), FAM TV Bermula 15 Disember

Saluran FAM Tv ini akan mula bersiaran pada 15 Disember 2020 sehingga 14 Mac 2021 (Sudah tamat) dan ianya percuma untuk semua pelanggan Astro. Jadi sempena cuti hujung tahun boleh la menonton lebih banyak rancangan terbaik terutamanya di saluran FAMTv di CH100 (HD) atau menerusi Astro Go dan On-Demands

Antara rancangan kategori lain yang disiarkan :

  • Karton dan Animasi : Crayon Shin Chan, Ultraman movie, The Powerpuff Girld dan Danny Phanton 
  • Komedi : Mr. Bean, Phua Chu Kang dan Under One Roof
  • Drama : Full House, Coffee Prince, My Girl, Sembilu dan banyak lagi.
  • Program TV : Running Man dan Gelanggang Raja Lawak
  • Filem : Filem tempatan dan Filem Hollywood sekitar 1980an-1990an

Luangkan bersama keluarga di rumah dengan menonton Astro FAM Tv.

Post a Comment

Previous Post Next Post