Ini Senarai Bahan Dan Resepi Shellout Yang Anda Boleh Cuba Bersama Keluarga Di Rumah

resepi dan cara buat shellout di rumah

Ada yang mengidam nak makan Shellout? Jangan risau, anda boleh ikuti resepi dan cara buat Shellout paling mudah ini yang boleh dibuat dirumah sahaja.

Musim-musim pandemik ni, kita tidak digalakkan untuk keluar rumah kalau tiada urusan lagi-lagi berkumpul di tempat ramai orang kan. Jadi apa kata, anda masak je sendiri dan makan bersama keluarga. Nak lagi best, hidangkan shellout dan makan ramai-ramai.

Jangan risau, anda boleh ikuti perkongsian daripada Sharla Rose ini bagaimana beliau sediakan bahan dan kongsi resepi Shellout paling mudah disediakan terutamanya di rumah.

Resepi Shellout Paling Mudah Yang Anda Boleh Cuba

Bahan-bahan anda boleh atur sendiri tetapi jika tidak pun, anda boleh tiru sahaja segala bahan-bahan yang diguna pakai dalam persediaan Shellout ni.

Bahan-Bahan

  • Bawang holland setengah biji
  • Bawang merah 6 biji
  • Bawang putih 10 ulas
  • Halia 1 inci
  • Buttercup/planta
  • Daun kari
  • Sos tiram/seafood sos
  • Sos ikan
  • Rempah kari
  • Black pepper
  • Belacan
  • Cili kering 5 tangkai
  • Udang kering
  • Kiub pati ayam
  • Lemon 
  • Seafood 
  • Sayuran (brokoli, kentang, jagung)

Ini Senarai Bahan Dan Resepi Shellout Yang Anda Boleh Cuba Bersama Keluarga Di Rumah

Bahan Kisar

Cili kering rebus di blend dengan bawang putih, sedikit belacan and udang kering. Kat sini korang kena pandai agak-agak. Kalau nak buat untuk ramai atau nak lebih pedas, lebihkan cili kering tu.

Belacan dalam seinci jer. Udang kering dalam sesudu. Dilarang guna cili yang dah siap blend and jual tu sebab nanti rasa lain sebab cili tu selalu dah siap blend dengan bawang.

Bahan Tumis

Bawang holland, bawang merah, bawang putih and halia di hiris halus. Untuk masakan ni,saya guna bawang holland setengah biji, bawang putih dalam 6 ulas (lagi banyak lagi sedap ), halia seinci and bawang merah.

Bahan Perap

1)  Dah boleh la basuh segala jenis seafood yang korang ada. Antara seafood yang disediakan seperti udang besar 30 ekor, ketam 5 ekor, lala 1 kilo dan sotong 12 ekor

Senarai Bahan Dan Resepi Shellout

2)  Lepas tu perap kejap dengan black pepper and kunyit. Sebab kejap lagi nak rebus. Tujuan nya supaya dia half cook, so that bila sos dah masak, tak payah tunggu lambat masak specially ketam.

Ini Senarai Bahan Dan Resepi Shellout Yang Anda Boleh Cuba Bersama Keluarga Di Rumah

Ini Senarai Bahan Dan Resepi Shellout Yang Anda Boleh Cuba Bersama Keluarga Di Rumah

Cara-Cara

1)  Rebus kan seafood yang dah di perap tu. Saya rebuskan air dulu bagi mengelegak kemudian baru masukkan ketam. Tutup pan dalam 5 mins macam tu. Kemudian masukkan lala kejap dalam 5 mins. Tutup api dan celurkan udang and sotong. Ingat, shell out ni konsep nya seafood, jangan pulak nak letak daging ke apa pulak. Nanti dah tak ikut tema. Udang dan sotong tu, kalau tak nak masukkan pun takper, sebab air manis tu akan sebati nanti (pada langkah akhir)

Ini Senarai Bahan Dan Resepi Shellout Yang Anda Boleh Cuba Bersama Keluarga Di Rumah

2)  Dalam kuali yang berlainan, panaskan buttercup and sedikit minyak. Masukkan bahan tumis dan daun kari. Tengok dah kuning dan naik bau, masukkan pula bahan kisar. 

Ini Senarai Bahan Dan Resepi Shellout Yang Anda Boleh Cuba Bersama Keluarga Di Rumah

3)  Masak lagi. Dah nampak layu sikit, masukkan serbuk kari. Tambahkan sedikit air. Serbuk kari tu dalam 2 sudu penuh sahaja. Kalau banyak seafood, boleh letak lebih. Iebab tak nak rasa dia lari, takut nanti rasa kari pulak.

Ini Senarai Bahan Dan Resepi Shellout Yang Anda Boleh Cuba Bersama Keluarga Di Rumah

4)  Bila dah pecah minyak, masukkan kuib pati ayam, sos tiram 2 sudu dan sos ikan. Garam tak guna sebab sos ikan dah cukup mantap. Nampak kalau kuah sikit, tambah kan sikit lagi. Kemudian boleh masukkan sayuran. Ini pun sama, kalau nak cepat, sayuran tu boleh la di celur dahulu. 

Ini Senarai Bahan Dan Resepi Shellout Yang Anda Boleh Cuba Bersama Keluarga Di Rumah

5)  Akhir sekali baru masuk seafood. Remember! seafood tadi dah rebus sekejap kan. Balik-balikkan sahaja. Agak kuah sikit, masukkan air sikit. Tapi jangan la sampai cair, tak best pula (just nice jer kuah dia). kata nak ikut style shell out kan. Jangan terlebih atau terlalu banyak. Biar la masak mesra gitu,n anti kuah akan pekat and meresap. Boleh adjust rasa dengan tambah kan black pepper.

6)  Done....boleh la hidang ala-ala shellout di atas meja. Kalau tidak, hidangkan sahaja dalam pinggan seperti biasa.

Ini Senarai Bahan Dan Resepi Shellout Yang Anda Boleh Cuba Bersama Keluarga Di Rumah


sumber : [Sharla Rose]

Post a Comment

Previous Post Next Post