2 Cara Untuk Anda Jana Pendapatan Melalui Lazada

Kita biasa dengar pasal Lazada yang mana antara platform atas talian e-dagang yang popular di Malaysia dan di Asia Tenggara. Tapi tahukah anda selain membeli, sebenarnya anda juga boleh jana pendapatan melalui Lazada.

2 Cara Untuk Anda Jana Pendapatan Melalui Lazada

Lazada merupakan platform e-dagang paling popular dan banyak dilawati pada tahun 2019 dan tahun 2020 selepas Shopee dan perbezaan trafik antaranya tidaklah terlalu jauh pun berdasarkan kajian Statista. Tidak boleh tidak, sekarang kita akan sebut pasal Lazada atau pasal Shopee kalau kita nak berbelanja.

Kita biasa pergi masuk Lazada dan klik butang buy dan bayar duit tetapi kenapa tidak kali ini kita masuk Lazada, kita pula terima duit. Ya! sebenarnya di Lazada anda juga boleh jana pendapatan jika kene dengar syarat dan anda pandai menggunakan platform tersebut.

Sebenarnya ada 2 cara untuk anda jana pendapatan melalui Lazada iaitu :
  1. Berniaga dan membuat jualan produk
  2. Sertai program Affiliates yang disediakan.

Inilah 2 cara itu yang boleh anda cuba dan jalankan dengan hanya menggunakan Lazada. Seperti di Shopee, Lazada pun sebenarnya anda boleh menjual juga.

Cara Jana Pendapatan Melalui Lazada

2 Cara Untuk Anda Jana Pendapatan Melalui Lazada

#1. Berniaga Dan Membuat Jualan Produk

Zaman sekarang ini rasanya orang ramai hanya berbelanja melalui shopping online sahaja. Semua dihujung jari. Buka Lazada, cari barang yang kita mahu, klik klik dan bayar. Selepas sehari barang itu sampai terus ke pintu rumah. Dengan cara ini, anda tidak perlu cari parking untuk pergi ke kedai, tak perlu bayar parking, tak perlu berpanas dan tak perlu buang masa pun. Kini semuanya berlaku di dalam rumah sahaja dengan menggunakan handphone kalau berbelanja melalui Lazada.

Mungkin juga anda ada barangan yang dijual, tetapi jualannya tidak terlalu kencang, jadi apa kata anda iklankan dan jualnya di dalam Lazada. Ramai bagi tahu, sebagai pemilik atau penjual produk pula! Lazada adalah merupakan sebuah lagi "lubuk emas" kepada peniaga-peniaga online!

Antara sebab kenapa anda berniaga di buat jualan produk anda di Lazada
  • Lazada Mempunyai Bilangan Pengunjung Yang Sangat Ramai! Mereka adalah seramai 700,000 orang sehari. Bagi 1% sahajalah yang beli produk anda, sudah 10,000 orang.
  • Pasaran Luas, Seluruh Malaysia! Anda buka di Pahang, tapi seluruh Malaysia boleh tengok barang anda
  • Jualan 24 Jam Tanpa Henti! Kalau kedai biasa, sampai pukul 10 malam, tapi di Lazada, pukul 3 pagi pun boleh beli barang anda lagi.
  • Kos Rendah! Sudah pasti, tak perlu bayar sewa kedai pun. Tak perlu buat website pun.
  • Sistem Yang Canggih! Pembayaran yang sistematik. Senang dibuat dan diuruskan
  • Jimat Masa, Tak Perlu Layan Whatsapp! Mereka suka, mereka bayar, anda terima bayaran, pos barang. Selesai kan
  • Promosi & Pemasaran Yang Hebat!

Jadi jika anda berminat untuk mula jana pendapatan malalui Lazada ini, anda dapatkan je ebook panduan ini. Klik sahaja pautan dibawah ini.

cara daftar lazada

Apa yang akan anda dapat jika dapatkan e-book pandua ini? Ianya akan ajar anda dari zero to hero. Jangan risau. Semuanya diajar.
  1. Cara Daftar Sebagai Seller Di Lazada
  2. Cara Listing Produk Yang Tepat!
  3. Cara Proses Order!
  4. Cara Selesaikan Masalah Pelanggan!
  5. Cara Promosi Produk Anda Di Lazada!
  6. Cara Design Lazada Store Anda!
  7. Cara Promosi Lazada Store Anda!
  8. Cara Jual Produk Secara Dropship!

#2. Sertai Program Affiliates

Ini adalah cara ke-2 yang mana anda boleh jana pendapatan melalui Lazada iaitu melalui Program Affiliates Lazada. Affiliates ini merupakan satu bentuk marketing dan pendapatan diperoleh melalui komisyen yang diterima bagi setiap pembelian yang berjaya. Erti kata lain, orang beli melalui link yang anda kongsikan, anda dapat duit.

Program ini disediakan sendiri secara rasmi oleh pihak Lazada. Jangan risau tentangnya. Lagi pun program ini percuma, anda hanya perlu daftar sahaja. Program ini anda boleh dapatkan komisyen sehingga 14%. Kalau barangan yang dibeli itu RM100, and akan dapat RM14. Kan best tu.

Jadi disini akan ditunjukkan bagaimana cara untuk anda sertai dan daftar program Affiliates Lazada ini terutamanya bagi pemula

Cara Daftar Program Affiliates Lazada

Ikuti langkah-langkah cara daftar program dibawah ini :

Langkah 1 : Daftar akaun Lazada

Terlebih dahulu anda perlu daftar akaun Lazada di pautan https://www.lazada.com.my/lazada-affiliate-program/. Klik butang SIGN UP untuk mendaftar. Jika anda sudah mempunyai akaun Lazada sebelum ini, anda hanya perlu LOG IN seperti biasa.

Langkah 2 : Daftar akaun Affiliates Lazada

Untuk permulaan anda perlu masukkan alamat email. Terpulang, jika anda ingin guna alamat email yang sama dengan akaun Lazada pun boleh atau alamat email lain. Nanti anda akan menerima verficiation code kemudian masukkan di ruang yang disediakan dan tekan submit

Sertai Program Affiliates

Langkah 3 : Masukkan Maklumat Diri

Disini anda perlu masukkan maklumat diri seperti nama, tarikh lahir, alamat rumah, facebook profile URL dan sebagainya. Anda wajib isi dibahagian asterisk jangan tinggalkan ruang tersebut. Akhir sekali, anda perlu upload gambar Kad Pengenalan bagi tujuan verifikasi.

Setelah selesai semua, tekan butang Next

Sertai Program Affiliates

Langkah 4 : Bahagian Maklumat Bank

Maklumat ini pastinya perlu diisi kerana segala bayaran akan dibuat terus ke akaun bank anda. Jadi isikan maklumat akau bank seperti yang dipinta. Masukkan nama bank, alamat bank, akaun number dan sebagainya. Hanya bahagian asterisk sahaja wajib diisi.

Bagi bahagian Swift Number, anda boleh semak di pautan ini sesuai dengan nama akaun bank anda. Akhir sekali, upload maklumat bank anda seperti buku bank atau penyata akaun bank (Admin sendiri tidak upload, tetapi masih diterima)

Sudah selesai, tekan butang Next

Sertai Program Affiliates

 Langkah 5 : Lengkapkan Info Tambahan

Jawab soalan-soalan yang ditanya dengan ringkas sahaja. Ianya sekadar soalan tambahan yang perlu dijawab oleh pemohon.

Dibahagian From Whom or Where Did You Hear About Us?, admin berbesar hati kalau anda letakkan hellokerja.com dibahagian itu. Segalanya amat dihargai

Akhirnya, tick dibahagian agreed tekan butang Submit.

Sertai Program Affiliates

Jadi jika selesai kesemua langkah yang diberitahu diatas, anda perlu tunggu hingga 5 hari bekerja untuk di verify dan di approve oleh pihak Lazada. Kebiasaanya permohonan akan diterima, cuma masa sahaja menentukan. Jadi untuk next, akan diajar bagaimana cara untuk anda mula dengan  Lazada Affiliates Program ini.

Cara Jana Pendapatan Melalui Lazada

Jadi inilah 2 cara untuk anda jana pendapatan melalui Lazada iaitu melalui jualan produk dan juga melalui program Affiliates Lazada. Terserah kepada anda untuk pilih antara mana yang sesuai dengan keadaan anda. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Jangan lupa kongsikan kepada yang lain. Semoga bermanfaat!

Post a Comment

Previous Post Next Post