5 Resepi Mee Mudah Untuk Anda Sediakan Bagi Yang Tersayang Di Rumah

5 Resepi Mee Mudah Untuk Anda Sediakan Bagi Yang Tersayang Di Rumah

Jika anda sedang mencari resepi mee untuk masak. Anda boleh lihat sini 5 jenis masakan yang anda boleh sediakan menggunakan mee bagi orang yang tersayang.

Dengan menggunakan mee sahaja pelbagai jenis masakan anda boleh sediakan. Anda boleh sediakan mee goreng, mee goreng mamak, mee hailam atau sehingga sizzling mee pun boleh.

Oleh itu, jom lihat sini 5 resepi mee yang anda boleh sediakan dan cuba untuk dihidangkan kepada yang tersayang di rumah. Resepi simple dan mudah disediakan.

5 Resepi Mee Yang Anda Boleh Cuba

Sini akan disediakan pelbagai resepi untuk anda pilih dan masak sendiri di rumah. Disenaraikan bahan yang digunakan beserta cara memasak.

#1 - Mee Kari

resepi Mee Kari

Bahan-Bahan:

  • 1 bungkus mee
  • 3 peket kecil serbuk kari daging – campur dengan sedikit air.
  • 2 pelepah daun kari
  • Udang sederhana besar
  • 1 kg Kerang – direbus hingga air mendidih, tutup api dan perisikan.(kalau rebus lama, rasa manis kerang akan hilang)
  • 1 mangkuk santan

Bahan Tumbuk:

  • 3 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Segenggam udang geragau/ udang kepal

Bahan Hiris:

  • Isi ayam
  • Daging
  • Fish ball

Bahan Hiasan:

  • Tauhu – goreng dan hiris.
  • 3 pokok sawi
  • Cili merah
  • Daun sup/daun bwg
  • Tauhu khas untuk mee kari – optional.
  • Taugeh

Cara Memasak:

1.  Tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan serbuk kari dan daun kari. Tumis hingga kari betul-betul masak.

2.  Masukkan daging dan ayam, gaul hingga daging layu. Masukkan santan dan air secukupnya. Biar hingga mendidih. (Kalau lebih suka lemak, boleh tambah santan).

3.  Masukkan fish ball dan kerang. Biar mendidih dan daging empuk.

4.  Akhir sekali masukkan udang, garam dan serbuk perasa. Masak sebentar sahaja utk mengekalkan manis udang.

5.  Didihkan air dalam periuk berasingan. Sementara tu cuci mee 3 kali utk buang rasa kapur mee. Kemudian toskan. Masukkan dalam besen dan tuang air mendidih tadi. Gaul 2 minit je dan toskan.

6.  Celur juga sayur sawi dan taugeh secara berasingan.

7.  Akhir sekali. Siap dihidangkan.

** Jangan masak sayur sekali dalam kuah kari. Nanti kuah cepat basi. Kalau takde sayur dalam kuah tu, kuah boleh bertahan lama.

#2 - Mee Hailam

resepi mee hailam

Bahan-Bahan:

  • 1/2 kg. mee kuning (bergantung berapa ramai nak makan)
  • 1/4 kg daging ayam dan daging lembu
  • 10 ekor udang (saiz bergantung kepada anda)
  • 3 ulas bawang putih *
  • 3 ulas bawang merah *
  • 1 sudu besar cili boh
  • 1 ikat sawi hijau
  • 1 potong kobis
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1 bungkus ‘baby corn’
  • 2 tangkai daun sup dan daun bawang
  • 2 biji limau nipis
  • 1 sudu tepung jagung (dibancuh dengan air)
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Kicap (optional)

* Ditumbuk terlebih dahulu
* Ayam dan daging direbus dahulu

Cara Memasak:

1.  Pertama sekali anda tumiskan bawang putih dan merah sehingga benar masak dan naik bau wanginya.

2.  Selepas itu masukkan cili boh dan kacau semuanya sehingga benar-benar masak. Kalau tak masak cilinya nanti sakit perut.

3.  Kemudian masukkan udang, rebusan ayam dan daging.

4.  Selepas itu anda masukkan pula ajinomoto, gula dan garam. (sukatan mengikut citarasa anda)

5.  Masukkan semua sayur lobak merah, kobis dan baby corn.

6.  Kemudian anda masukkan mee

7.  Selepas itu masukkan sos tomato dan sos cili.

8.  Masukkan pula tepung jagung dan kacau semuanya hingga serata.

9.  Akhir sekali masukkan kicap mengikut citarasa anda (terlebih letak dikhuatiri masin). Kacau semula hingga semuanya sebati dengan mee tersebut.

10.  Setelah siap anda boleh menambah apa yang anda inginkan seperti bawang goreng, limau nipis atau sebagainya. Mee hailam sedap dan simple anda telah pun siap.

#3 - Sizzling Mee

resepi Sizzling Mee

Bahan-Bahan:

  • 2 gulung yee mee
  • Daging ayam (dipotong kecil-kecil)
  • 4 biji cendawan kering (direndam hingga kembang)
  • 5 tangkai cili kering (dipotong-potong 1 inci)
  • 3 inci halia (diketuk)
  • 5 ulas bawang putih (dicincang)
  • 5 batang Sawi (dipotong dan dicelur)
  • 4 sb kicap pekat
  • 4 sb Sos tiram
  • 3 cawan air
  • 2 biji Telur
  • 1 sb tepung jagung
  • Serbuk Lada Hitam
  • Minyak secukupnya untuk menumis
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

1.  Panaskan minyak masukkan cili kering, halia dan bawang putih biarkan sehingga naik baunya.

2.  Masukkan ayam biarkan beberapa minit dan masukkan lada hitam biarkan sebati.

3.  Masukkan kicap pekat, sos tiram biarkan sebati selepas itu masukkan cendawan.

4.  Masukkan air dan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air, garam secukup rasa dan biarkan mendidih dan kemudian tutup api.

5.  Panaskan hot plate, masukkan yee mee, masukkan dahulu sedikit kuah tadi.

6.  Akhir sekali pecahkan telur ke dalam masakan tadi biarkan sehingga masak.

7.  Siramkan lebihan kuah, ke atas mee dan sawi yang telah dicelur. Siap!

#4 - Mee Goreng Mamak

resepi Mee Goreng Mamak

Bahan-Bahan:

  • Mee kuning 450g (5 orang makan)
  • Lada kering + Bawang Merah + Bawang Putih (blend)
  • Sayur Sawi atau Taugeh
  • Fish cake atau Fish ball
  • Sotong atau Udang
  • Telur 2 biji
  • Kicap
  • Seafood sos adabi
  • Sos Cili
  • Perencah Maggi Kari
  • Garam

Cara Memasak

1.  Tumis lada kering yang sudah di blend hingga garing

2.  Masukkan seafood sos adabi, sos cili, kicap, perencah maggi kari dan sedikit air.

3.  Masukkan sotong atau udang dan fishcake atau fishball yang disenaraikan tadi

4.  Masukkan sayur dan telur kacau sebati perasakan dengan garam

5.  Akhir sekali masukkan mee kuning yang sudah dibasuh gaul sebati sehingga masak

#5 - Mee Goreng Basah

resepi Mee Goreng Basah

Bahan-Bahan

  • 1 bungkus Mee kuning
  • 1 mangkuk kecil cili kisar (1/2 cawan)
  • 2 biji telur
  • Cili sos cap mudim
  • Sos caramel
  • Kicap manis enaq
  • Sos tiram
  • Bawang putih dan merah
  • Cili padi diketuk
  • Sedikit garam
  • Tauhu goreng
  • Ayam, udang, atau apa jenis seafood
  • Tomato, sayur kubis, taugeh, sayur sawi

Cara Memasak

1.  Mee kuning celur dulu dgn air panas

2.  Panaskan minyak, tumis bawang merah, putih yg ditumbuk. Masak sehingga kekuningan

3.  Seterusnya masukkan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak. Kemudian, baru masukkan ayam,udang

4.  Kemudian tuang kicap, sos cili, sos tiram, sos karamel. Kacau sekejab

5.  Tambah air sikit, masukkan sedikit garam dan masukkan mee kuning

6.  Masukkan semua jenis sayur yg ada, pecah kan telur 2 biji, gaul semuanya sampai masak, nak tambah kicap pun boleh.


sumber : [resepi ibu]

Post a Comment

Previous Post Next Post