Kini Anda Boleh Main Game Di Play Store Ketika Tiada Sambungan Internet Sama Seperti Di Chrome

game offiline play store

Bagi menghilangkan bosan, kini anda boleh main video game di Google Play Store ketika tiada sambungan internet sama seperti anda bermain Dino di Google Chrome.

Ciri ini diperkenalkan oleh pihak Google bagi semua pengguna Android yang memiliki akses kepada Google Play Store. Anda boleh main permainan video ini hanya melalui telefon pintar atau tablet yang menggunakan sistem operasi Android dan mempunyai aplikasi Play Store.

Jadi selepas ini, jika smartphone anda tiada sambungan internet dan anda bosan yang mahukan hiburan, mungkin anda boleh main game ini sahaja. Tak perlu internet pun nak main! Boleh main secara offline sahaja.

Video Games Disediakan Di Play Store Secara Offline

Ini bermakna, anda hanya boleh bermain video game ini ketika tiada sambungan internet atau offline sahaja. Caranya mudah sahaja.

Ketika tiada sambungan internet, anda klik dan masuk ke aplikasi Play Store. Kemudian anda cari 3 permainan yang disediakan oleh pihak Google. Ya 3 jenis permainan! Berbeza dengan Chrome yang hanya ada 1 permainan sahaja iaitu Dino.

3 permainaan tersebut adalah Hot Air Ballon, Solitaire dan game legend, Snake. 

game di play store offline

Jadi lepas ni kalau tiba-tiba tiada internet dan sambil menunggu, anda boleh la main game yang disediakan ini secara percuma sahaja.

Post a Comment

Previous Post Next Post