Youtube Tidak Akan Keluarkan Youtube Rewind Buat Pertama Kali Sejak 2010

Youtube Tidak Akan Keluarkan Youtube Rewind Buat Pertama Kali Sejak 2010

Nampak tahun 2020 ni kita tak tahu la statistik video Youtube paling banyak ditonton, banyak like dan sebagainya kerana Youtube buat keputusan untuk tidak keluarkan Youtube Rewind seperti tahun-tahun sebelum ini.

BACASenarai Penuh Siri Video Menerusi Youtube Rewind 2019

Untuk pengetahuan, Youtube Rewind akan dikeluarkan oleh pihak Youtube setiap tahun yang mana ianya adalah siri video yang dibuat kepada semua Youtube Creator dengan penglibatan daripada viewers dalam bentuk statistik. Jadi tahun ni kita tak tahu la video mana yang paling banyak viewers secara sah melainkan anda kaji sendiri.

Youtube memberitahu, pada tahun ini ianya seperti tidak wajar untuk dibuat. Jadi mereka mengambil keputusan untuk tidak mengeluarkan Rewind untuk tahun 2020 ini.

Kebiasaanya, setiap tahun akan dikeluarkan siri video dengan memaparkan 7 senarai yang dikeluarkan iaitu :

  • Most Liked Creator Videos
  • Most Liked Music Videos
  • Most Liked Dance Videos
  • Most Viewed Games
  • Most Liked Beauty Videos
  • Top Breakout Creators
  • Most Viewed Creators

Jadi video mana yang paling banyak viewers tahun 2020 ni? Entah...

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended