Permohonan Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP Bermula 16 - 27 November 2020

Permohonan Zakat Kecemasan MAIWP Bermula 16 - 27 November 2020

Kini antara kawasan yang terlibat dengan PKPB adalah di Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Dengan sifat prihatin terhadap golongan yang terjejas, MAIWP tampil dengan memperuntukkan sebanyak RM9.5 juta bagi Bantuan Zakat Kecemasan.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah berlangsung sejak pertengahan Oktober lagi bagi kawasan Wilayah Persekutuan dan mungkin berakhir pada 6 Disember ini. Ini dibuat atas arahan pihak berkuasa bagi memutuskan rantaian COVID-19.

BACA : PKPB Dilaksanakan Di Seluruh Semenanjung Kecuali Pahang, Perlis Dan Kelantan Untuk 4 Minggu

Tapi sepanjang tempoh ini pastinya ramai terkesan dari segi kewangan, pekerjaan, belanja keluarga dan sebagainya. Disebabkan itulah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tampil dengan Bantuan Zakat Kecemasan ini.

Jika ianya melibatkan Bantuan Zakat, ianya hanya untuk orang Islam sahaja.

Cara Memohon Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP

Permohonan Bantuan Zakat Kecemasa MAIWP ini boleh dibuat bermula 16 November 2020 (Isnin) hingga 27 November 2020 (Jumaat) menerusi secara online sahaja. Anda boleh klik pautan dibawah dan mohon

ebaitulmal.maiwp.gov.my/ez-zakat/Icon/button

Mereka yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM500 dan akan disalurkan sebelum 31 Disember 2020

Syarat Permohonan

MAIWP telah menetapkan 2 syarat utama bagi permohonan bantuan ini iaitu :

  • Pemohon tinggal di Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Labuan atau Putrajaya
  • Pemohon bukan merupakan penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal MAIWP

Antara golongan menjadi tumpuan bagi permohonan kali ini adalah seperti berikut :

  • Pemandu teksi / e-hailing
  • Pengawal keselamatan
  • Peniaga-peniaga kecil
  • Hilang pekerjaan akibat COVID-19
  • Lain-lain golongan yang terkesan akibat COVID-19

Permohonan Zakat Kecemasan MAIWP Bermula 16 - 27 November 2020

Bantuan Zakat Kecemasan ini bukan kali pertama yang diluluskan yang mana bantuan ini telah mula dibuka semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama pada Mac yang lalu. Sebanyak RM10 juta telah diperuntukkan dan telah membantu seramai 23,340 orang.

Untuk sebarang pertanyaa boleh berhubung di Facebook Baitulmal atau melalui talian hotline:

Kuala Lumpur : 012 518 3614 / 012 512 7614
Putrajaya : 011 5949 6216 / 011 6303 8443
Labuan : 013 851 6066

Post a Comment

Previous Post Next Post