Senarai Pemenang ABPBH 33 Untuk Tahun 2020

Senarai Pemenang ABPBH 33 Untuk Tahun 2020

Tahniah kepada Haqiem Rusli merangkul Bintang Paling Popular ABPBH 33 bagi tahun 2020. Ikuti juga senarai penuh pemenang bagi kesemua anugerah yang dipertandingkan pada malam tersebut.

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) buat pertama kali untuk edisi ke-33 diadakan tanpa penonton bagi mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Pada malam tersebut hanya diadakan bersama kru dan penonton secara virtual.

ABPBH 33 untuk tahun 2020 membawa tema #ABPBHKITA2020 sempena musim pandemik COVID-19 yang menimpa negara sekali gus membuat kita semua terus teguh melawan pandemik ini. 

Acara ini dipancarkan dari Axiata Arena terus ke TV3. Selain itu, penonton juga boleh strim melalui platform TONTON, Youtube TV3Malaysia, Youtube BH dan buat pertama kali dipancarkan melalui aplikasi TikTok.

Walaupun tiada penonton, tetapi ianya tetap meriah selepas disajikan dengan pelbagai artis untuk membuat persembahan. Ada Elly Mazlin, Faizal Tahir, Dolla, Naim Daniel, Ismail Izzani, Ernie Zikri, Hafiz Suip dan ramai lagi. Tidak lupa juga kepada 2 pengacara hebat Nabila Huda dan Dato AC Mizal yang membuatkan lagi ABPBH33 lebih meriah 

Senarai Pemenang ABPBH 33 Untuk Tahun 2020

Senarai Pemenang ABPBH 33 Untuk Tahun 2020

Senarai Pemenang ABPBH 33 Untuk Tahun 2020

Dengan kemenangan Haqiem Rusli sebagai Artis Paling Popular ABPBH33, beliau telah meraih lebih 22 juta undian dan telah membawa balik sebuah kereta Nissan Leaf. Jadi jom kita tengok senarai pemenang bagi 15 kategori utama dan 5 kategori online yang telah dipertandingkan.

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-33 Tahun 2020

Tahniah semua pemenang!

Kategori Online

Gandingan Serasi Drama Popular
Kamal Adli & Uqasha Senrose (Setelah Terlafaznya Akad)

Gandingan Serasi Filem Popular
Syafiq Kyle & Mimi Lana (Pusaka)

Lagu Paling Boom
Lembah Kesepian (Haqiem Rusli)

Artis Kontroversi Popular
Aiman Tino

FC FANtastik Popular
Siti Nordiana FC

Kategori Utama

Artis Baharu Lelaki Popular
Chubb-E

Artis Baharu Wanita Popular
Isyariana

Pengacara TV Popular
Sherry Al Hadad

Penyampai Radio Popular
DJ Lin

Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi Malaysia
Haqiem Rusli

Penyanyi Wanita Popular Xiaomi Malaysia
Wany Hasrita

Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular
Khai Bahar & Siti Nordiana

Pelakon Filem Lelaki Popular
Zahiril Adzim

Pelakon Filem Wanita Popular
Mawar Rashid

Pelakon TV Lelaki Popular
Ben Amir

Pelakon TV Wanita Popular
Siti Saleha

Artis Versatil Popular
Siti Nordiana

Artis Komedi Popular
Sherry Al Hadad

Anugerah Sepanjang Zaman
Fransisca Peter

Bintang Paling Popular ABPBH 33
Haqiem Rusli

Post a Comment

Previous Post Next Post