Tiada Larangan Untuk Duduk Di Depan Atau Belakang Dalam Kenderaan Sepanjang Tempoh PKPB

Tiada Larangan Untuk Duduk Di Depan Atau Belakang Dalam Kenderaan Sepanjang Tempoh PKPB

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menjawab persoalan yang diutarakan oleh pihak media berkaitan larangan duduk di depan bagi penumpang kedua. Adakah ianya dibenarkan atau tidak?

Beliau menjawab dalam sidang media harian tersebut, SOP yang melarang untuk penumpang kedua untuk duduk di depan atau sebelah pemandu adalah dibenarkan. Malahan SOP larangan tersebut tidak pernah dikongsikan sepanjang dalam tempoh PKPB ini.

Persoalan ini timbul apabila telah tular sebuah video yang memaparkan seolah-olah pemandu kereta tersebut di kompaun atas sebab isterinya berada di sebelah duduk tempat penumpang.

Tiada Larangan Untuk Duduk Di Depan Atau Belakang Dalam Kenderaan Sepanjang Tempoh PKPB

Oleh itu, Menteri sendiri telah menghubungi pihak polis berkaitan perkara ini dan beliau menjawab

"sebenarnya kompaun yang dikeluarkan oleh pihak polis tersebut bukanlah atas kesalahan langgar SOP iaitu duduk disebelah tempat pemandu tetapi pesalah itu di denda kerana menggunakan telefon ketika memandu"

Jadi video tular itu bukan berkaitan SOP tetapi sebaliknya kesalahan jalan raya iaitu menggunakan telefon bimbit.

Oleh itu, SOP sepanjangn PKPB ini membenarkan penumpan kedua untuk duduk dimana-mana sahaja di dalam kereta asalkan jumlahnya adalah 2 orang sahaja.

Post a Comment

Previous Post Next Post