Mulanya Tangguh, Kini Piala Malaysia 2020 Dibatalkan Berkuatkuasa Hari Ini

Awalnya Tangguh, Kini Piala Malaysia 2020 Dibatalkan Berkuatkuasa Hari Ini

Pastinya menjadi tamparan hebat khusus kepada peminat bola sepak tanah air apabila MFL hari ini mengesahkan TM Piala Malaysia 2020 mengumumkan pembatalan kejohohanan itu berkuatkuasa hari ini.

Keputusan ini diumumkan melalui laman facebook rasmi Malaysian Football League (MFL) selepas rayuan dibuat untuk meneruskan kejohonan yang ditangguh sebelum ini telah ditolak oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Penangguhan pada awalnya disebabkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh semenanjung Malaysia kecuali Pahang, Perli dan Kelantan sehingga 6 Disember 2020. Dalam SOP yang diperkenalkan tiada pertandingan sukan boleh diadakan. Walaupun rayuan ditolak, MFL akur dengan keputusan tersebut.

Kenapa Ianya Tidak Boleh Ditangguhkan Lagi?

MFL telahpun menyediakan SOP yang cukup rapi bagi memastikan kejohonan Piala Malaysia ini tetap diteruskan. Kejohonan ini tidak boleh lagi ditangguh kerana kontrak pemain secara amnya akan berakhir pada 30 November 2020.

Jadi jika ianya ditangguh lagi ke bulan hadapan, pasukan-pasukan bertanding akan berdepan masalah seperti ketiadaan pemain serta terpaksa menanggung kos yang lebih tinggi. 

Sebelum itu juga, MFL telah menghantar permohonan bagi menggunakan venue Stadium Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu dan Stadium Darul Makmur, Kuantan untuk aksi suku akhir dan separuh akhir. Tapi terpaksa juga dibatalakan.

Untuk rekod, Piala Malaysia 2020 telah membuka tirai pada 6,7 dan 8 November yang lalu dan kini sudah memasuki peringkat suku akhir dimana 8 pasukan yang masih kekal iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT), Kuala Lumpur, Pulau Pinang, UiTM FC, Kedah, Perak, Terengganu FC dan Selangor.

Tahniah Terengganu

tahniah terengganu ke afc 2021

Jadi atas sebab pembatalan Piala Malaysia 2020, MFL melalui Dato' Ab Ghani telah mengesahkan Terengganu FC (TCF) menduduki tangga ketiga CIMB Liga Super, meraih slot Piala AFC 2021 sejurus pembatalan TM Piala Malaysia 2020 berkuatkuasa hari ini.


Post a Comment

Previous Post Next Post