Elak Kes Buang Bayi Berleluasa, Berikut Merupakan Lokasi Baby Hatch Di Malaysia

Berikut Merupakan Lokasi Baby Hatch Di Malaysia

Kita sudah penat apabila tahu kes buang bayi masih berleluasa. Untuk pengetahuan, banyak lokasi yang menyediakan Baby Hatch atau pusat pelindung bayi yang ada di Malaysia.

Yang terbaru apabila berlaku pada bulan Oktober yang lepas dimana, seorang bayi dijumpai di dalam kotak di pintu Surau Nurul Huda, Kampung Kajang Baru. Terdapat terlalu banyak risiko apabila bayi yang baru dilahirkan tinggal sendirian seperti itu.

Perkongsian ini bukan bertujuan untuk menggalakkan kes ini, tetapi adalah lebih baik selamatkan nyawa bersih ini dengan sifat kemanusian anda.

Baby Hatch merupakan suatu kemudahan yang disediakan oleh pelbagai pihak bagi anda meletakkan bayi dalam keadaan selamat, elok dan bersih.

Jika sekali pun anda tidak sayang akan diri sendiri atas apa-apa perbuatan yang anda lakukan, tolong kesiankan bayi tersebut. Adalah sebaiknya anda jaga sebaik mungkin dan jika tidak mampu, tolong jangan buang di tempat yang kotor, busuk, dan bersendiri. Anda boleh letak di Baby Hatch seperti senarai yang dikeluarkan dibawah.

Senarai Lokasi Baby Hatch Di Malaysia

Berikut senarai Baby Hatch :

Yayasan Orphancare (Selangor)
No 6, Lorong SS1/24A Kampung Tunku, Petaling Jaya

KPJ Damansara Specialist Hospital (Selangor)
119, Jalan S220/10, Damansara Utama, Petaling Jaya

Yayasan Orphancare (Johor Bahru)
No 64, Jalan Padi Mahsuri 1, Bandar Baru Uda, Johor Bahru

KPJ Johor Specialist Hospital (Johor)
39-B, Jalan Abdul Samad, Johor Bahru

Yayasan Orphancare (Sg Petani, Kedah)
No 4400, Lorong Serampang 2/1 Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kedah

KPJ Ipoh Specialist Hospital (Perak)
26, Jalan Raja Di Hilir, Ipoh

KPJ Tawakkal Specialist Hospital (Kuala Lumpur)
No 1, Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur

KPJ Seremban Specialist Hospital (Negeri Sembilan)
Lot 6219 & 6220, Jalan Toman 1, Kemayan Square, Seremban

KPJ Penang Specialist Hospital (Penang)
570, Jalan Perda Utama, Bandar Perda, Bukit Mertajam, Seberang Perai

KPJ Perdana Specialist Hospital (Kelantan)
Pt 37600 Jalan Bayam, Kota Bharu

Kuantan Specialist Hospital (Pahang)
51, Jalan Alor Akar, Kuantan, Pahang

Kuching Specialist Hospital (Sarawak)
Lot 10420, Block 11, Tabuan Commercial Centre, Jalan Setia Raja, Kuching

Dama Specialist Hospital (Sabah)
DSC Building, Lorong Pokok Tepus 1, Off Jalan Damai, Kota Kinabalu

Jadi bagi mereka yang ingin dapatkan anak angkat sekali gus menjadi ibu bapa angkat iaitu dengan pelihara bayi daripada Baby Hatch ini, anda boleh emelkan kepada adoption@orphancare.org.my. Ini khusus kepada semenanjung sahaja

Manakala, bagi penduduk di Sabah dan Sarawak, anda boleh memohon melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat terdekat di tempat mereka bermastautin.

sumber : sinarplus

Post a Comment

Previous Post Next Post