Jom Cuba Resepi Nasi Minyak Mudah Lagi Sedap

inilah resepi dan cara memasak nasi minyak mudah, simple dan sedap

Jika anda sedang mencari resepi nasi minyak simple dan mudah, anda boleh ikuti perkongsian ini untuk anda sediakan sendiri di rumah.

Biasa kita jumpa nasi minyak di kenduri-kenduri kahwin. Jadi pada hari tersebut, jumpa la macam-macam jenis, kadang ada Nasi Minyak Terengganu, Nasi Minyak Hujan Panas, Nasi Minyak Chef Wan la dan macam-macam. Tapi teringin juga nak sediakan menu nasi minyak sendiri dirumah lagi-lagi untuk tersayang kan.

Jadi kalau anda sedang mencari resepi atau cara masak nasi minyak mudah, anda boleh ikuti resepi daripada pengguna facebook, Cik Puan Sarah. Dengan lebih 3K share diperoleh beliau menunjukkan cara buat nasi minyak dengan cara mudah dan pastinya sedap.

Resepi Dan Cara Masak Nasi Minyak

Cara masak nasi minyak yang ditunjukkan mudah sahaja lagi-lagi menggunakan beras biasa sahaja. Tak perlu beras lain pun. Bahan-bahan juga mudah di dapati. Apa tunggu lagi, jom kita tengok resepi nasi minyak dan cara memasaknya (tutorial gambar juga disediakan).

Bahan-Bahan

  • Kismis
  • Minyak sapi 2 sudu besar
  • Bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis
  • *Bawang merah 5 bji, bawang besar setengah biji, bawang putih 4 biji, halia 1/2 inci (blend)
  • Planta 1 sudu besar
  • Daun pandan
  • Kiub ayam 1
  • Susu cair setengah cwn
  • Minyak masak 5 sudu besar

Kesemua bahan yang bertanda (*) perlulah diblend

Jom Cuba Resepi Nasi Minyak Mudah Lagi Sedap

Cara Masak

1.   Panas kan minyak masak,minyak sapi,planta..saya tumis dalam rice cooker je terus

Jom Cuba Resepi Nasi Minyak Mudah Lagi Sedap

2.   Tumis 3 sekawan (Bunga lawang, buah pelaga dan kayu mani)

Jom Cuba Resepi Nasi Minyak Mudah Lagi Sedap

3.   Masuk kan daun pandan,biar wangi

Jom Cuba Resepi Nasi Minyak Mudah Lagi Sedap

4.  Masuk kan bahan blend. Biar kering sikit kemudian masukkan kiub ayam 1

Jom Cuba Resepi Nasi Minyak Mudah Lagi Sedap

5.   Masuk kan kismis dn susu cair. Biar kering sikit

Jom Cuba Resepi Nasi Minyak Mudah Lagi Sedap

6.   Masuk kan beras (guna beras biasa sahaja). Beras cuci dahulu dan tos kan je (dalam gambar menggunakan sukatan 2 setengah cawan)

Jom Cuba Resepi Nasi Minyak Mudah Lagi Sedap

7.   Masuk kan air dan masak nasi macam biasa. Lebih kan air sikit jer. Klu nak masin boleh letak garam sikit. Tunggu sehingga masak

Jom Cuba Resepi Nasi Minyak Mudah Lagi Sedap

8.   Dah siap Nasi Minyak! Sebagai cadangan, anda boleh hidangkan dengan ayam masa merah sebagai lauk atau daging masak kicap dan sebagainya.

Jom Cuba Resepi Nasi Minyak Mudah Lagi Sedap

Itulah dia perkongsian resepi dan cara masak nasi minyak mudah, simple dan sedap. Semoga perkongsian ini bermanfaat.


Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended