#Belanjawan2021 : Bantuan Sara Hidup Ditukar (BSH) Kepada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

#Belanjawan2021 : Bantuan Sara Hidup Ditukar (BSH) Kepada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

Hari ini telah berlangsungnya pembentangan Belanjawan 2020 oleh Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat dihadapan semua ahli-ahli parlimen.

Tahun ini tema belanjawan yang dibentangkan adalah Belanjawan 2021: Teguh Kita, Menang Bersama. Anda boleh dapatkan teks penuh secara digital melalui pautan Kementerian Kewangan atau muat-turun terus dengan klik sini.

Terdapat banyak sektor yang terlibat yang telah pun dibentang pada ketika itu dan antara initipati penting yang disebut adalah berkaitan Bantuan Rakyat yang dahulunya dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH). Dalam pembentangan tersebut. Menteri Kewangan menyebut dimana nama BSH tersebut kini ditukar menjadi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dengan penambahan peruntukan sehingga 6.5 bilion dari RM5 bilion sebelumnya.

BSH Ditukar Kepada BPR

Jadi bermula pada tahun 2021, tiada lagi BSH tetapi ianya ditukar kepada BSH. Walaubagaimanapun bantuan ini masih mengfokuskan kepada golongan yang memerlukan sekali gus akan menambah baik bantuan bantuan tunai ini secara lebih bersasar.

Nilai Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR ini adalah seperti betikut :

  • Kategori 1 : Isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2500 dan mempunyai seorang anak akan menerima bantuan sebanyak RM1200, manakala isi rumah yang mempunyai 2 orang anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM1800
  • Kategori 2 : Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM2501 hingga RM4000 dan mempunyai sehingga seorang anak, bantuan BPR sebanyak RM800 akan disalurkan, manakala isi rumah yang mempunyai 2 orang atau lebih akan menerima sebanyak RM1200
  • Kategori 3 : Isi rumah berpendapatan bulanan antara RM4001 hingga RM5000 dan mempunyai seorang anak akan menerima bantuan sebanyak RM500, manakala isi rumah yang mempunyai 2 orang anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM750
  • Kategori Bujang : Individu bujang berpendapatan RM2500 ke bawah pula akan menerima bantuan RM350 dan had umur kelayakan diturunkan kepada 21 tahun.

kadar bantuan bantuan prihatin rakyat 2021

Jadi pastinya dengan penambahan ini sedikit sebanyak akan mengurangkan bebanan kewangan bagi isi keluarga atau individi terutamanya bagi golongan B40 yang pastinya terkesan dengan keadaan ekonomi semasa terutamanya ditambah lagi dengan isu pandemik COVID-19 yang tidak pasti bila berakhir.

Sebagai bandingan, disertakan juga kadar Bantuan Sara Hidup (BSH) untuk tahun 2019 sebelum ini daripada Kerajaan Pakatan Harapan.

kadar bsh

Post a Comment

Previous Post Next Post