Selepas 8 Minggu, Bunga Raya (Aina Abdul) Dinobat Sebagai Juara The Masked Singer Malaysia

Selepas 8 Minggu, Bunga Raya (Aina Abdul) Dinobat Sebagai Juara The Masked Singer Malaysia

Selepas minggu akhir, akhirnya seorang peserta The Masked Singer Malaysia dinobatkan sebagai juara iaitu Bunga Raya atau identiti sebenarnya ialah Aina Abdul.

Siapa sangka disebalik topeng Bunga Raya itu adalah Aina Abdul kerana kebanyakkan juri meneka pada malam akhir tersebut ialah Ernie Zikri. Tetapi hanya Angah Raja Lawak sahaja meneka dengan betul yang bunga raya adalah Aina Abdul.

Malam final tersebut terdapat 5 peserta sahaja selepas 7 peserta lain telah tersingkir dan di dedahkan identiti mereka. Sebagai imbasan identiti sebenar bagi 7 peserta lain adalah Nasi Lemak (Dato Mirnawan Nawawi), Rimau (Ebby Saiful), ABC (Yana Samsudin), Musang King (Zain Ruffedge), Ayam Jantan (Hairul Azreen), Reno (Chiwan) dan Refflesia (Datin Paduka Eina Azman).

Pada malam tersebut juga 4 peserta lain juga diteka tepat oleh barisan juri selepas dapat klu daripada tayangan video dan persembahan pentas. Mungkin sudah cukup kesemua klu yang dikumpul sejak daripada minggu pertama lagi.

Minggu Akhir The Masked Singer Malaysia

Program The Masked Singer Malaysia telah disiarkan melalui Astro Warna, Warna HD dan Astro GO pada setiap hari jumaat, jam 9 malam. Jika malam separuh akhir, mereka perlu membuat persembahan battle sebagai tambahan dan pada malam akhir mereka telah membawa 2 buah lagu iaitu genre laju dan perlahan.

Selepas 2 persembahan tersebut, akhirnya telah diumumkan senarai pemenang bagi tempat ke-5 hingga juara. Jom kita tengok.

Tempat Ke-5

Peserta : Enggang
Identiti Sebenar : Vince AF
Klu : Poster Gunung Kinabalu bermaksud isteri Vince berasal dari negeri Sabah

vince the masked singer malaysia

Tempat Ke-4

Peserta : Wau
Identiti Sebenar : Datin Alyah
Klu : Nota muzik melambangkan pasangan kepada Datin Alyah iaitu Dato' Ramli MS merupakan seorang maestro muzik terkenal

datin alyah the masked singer malaysia

Tempat Ke-3

Peserta : Orang Utan
Identiti Sebenar : Tuju K-Clique
Klu : Kamera klik sebanyak 7 kali menunjukkan Tuju dan 7 ahli kumpulannya yang lain iaitu K-Clique  sedang meningkat naik di dalam industri muzik masa kini

tuju the masked singer malaysia

Naib Juara

Peserta : Rajah Brooke
Identiti Sebenar : Vannesa Reynauld
Klu : Topeng wajah Nabil Ahmad bermaksud Vanessa pernah menyertai rancangan Ceria Megastar pada tahun 2018 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad

vanessa the masked singer malaysia

Juara

Peserta : Bunga Raya
Identiti Sebenar : Aina Abdul
Klu : Variasi kasut boot menunjukkan Aina Abdul gemar memakai kasut boot di dalam setiap muzik videonya

ainal abdul the masked singer malaysia

Post a Comment

Previous Post Next Post