Cara Nak Semak Harga Barang Di Shopee Pernah Naik Ke Turun

Cara Nak Semak Harga Barang Di Shopee Pernah Naik Ke Turun

Rasanya sudah ramai tahu akan platform online beli-belah terbesar di Malaysia iaitu Shopee. Anda mesti antara pengguna tetap Shopee kan. Hari-hari ada je nak tengok barang dan harga dalam Shopee tu.

Laman e-dagang Shopee ni ada 2 bahagian, anda boleh jadi menjadi pembeli (buyer) atau seller (penjual). Ianya tidak terhad kepada barangan rasmi sahaja untuk menjual, anda ada barangan kecil pun boleh daftar akaun seller dan jadi penjual. Jadi kalau anda nak belajar cara menjual di Shopee, anda boleh dapatkan Panduan Bisnes Shopee Untung 4 Angka Seminggu.

BACACara Terbaru Daftar Dan Menjual Di Shopee Untuk Tahun 2020

Jika anda sebagai buyer pula, anda tak perlu belajar pun semua tu, anda hanya pastikan ada duit sahaja. Boleh terus gunakan Shopee.

Mungkin ada barangan yang anda sudah target untuk beli di Shopee tetapi anda tunggu sehingga musim jualan atau sale yang dilakukan. Seperti contoh, musim jualan mungkin ketika musim perayaan, waktu 9.9, 10.10 atau 11.11 yang akan datang ini. Jadi barulah anda boleh tengok harga barangan yang anda target tu turun harga kan.

Tapi betul ke ketika Sale ini, harga barangan itu turun? atau ianya hanya sekadar gimik pemasaran? Jangan risau, sebenarnya ada cara untuk anda ketahui harga sesebuah barangan tersebut pernah naik atau turun dalam tempoh 3-6 bulan sebelumnya.

Cara Nak Semak Harga Turun Naik Di Shopee

Anda sebenarnya boleh semak harga tersebut dalam tempoh 3-6 bulan sebelum. Segala perubahan ada direkodkan dengan menggunakan cara ini. Setakat ini, cara ini hanya boleh digunakan di komputer dengan menggunakan browser Google Chrome sahaja.

Install Extention AliPrice

Anda perlu pergi ke Chrome Apps dan pilih "Web Store"

Dalam ruangan carian, pilih "aliprice" dan tekan pada "AliPrice Shopping Assistant for Shopee"

Cara Nak Semak Harga Barang Di Shopee Pernah Naik Ke Turun

Akhir sekali klik pada "Add to Chrome" kemudian pada "Add Extention" dan biarkan sahaja extention tersebut dipasangkan di Chrome ada secara automatik. Dah siap!

Cara Nak Semak Harga Barang Di Shopee Pernah Naik Ke Turun

Cara Guna AliPrice

Cara guna extention ini cukup mudah. Anda pergi ke laman Shopee www.shopee.com.my

Kemudian anda cari apa-apa barangan yang anda ingin semak harganya. Sebagai contoh saya ingin semak harga Nintendo Switch seperti dalam gambar.

Cara Nak Semak Harga Barang Di Shopee Pernah Naik Ke Turun

Anda lihat pada kiri bawah dan anda nampak "Price" dan klik padanya. Secara automatik, akan dipaparkan senarai harga turun naik barangan tersebut dalam tempoh 3-6 bulan sebelum. Jadi anda boleh tahu barang tersebut pernah naikkan harga atau betul-betul harganya murah ketika Sale kan.

Cara Nak Semak Harga Barang Di Shopee Pernah Naik Ke Turun

Contoh lain, saya ingin semak harga makanan Krepek Anep seperti dalam gambar.

Ianya menunjukkan penurunan harga dalam tempoh 3 bulan. Jadi kalau beli sekarang, berbaloi la kan

Cara Nak Semak Harga Barang Di Shopee Pernah Naik Ke Turun

(anep nak krepek free hehe)

Untuk di Lazada pun, caranya sama sahaja, tapi anda perlu install extention Lazada terlebih dahulu. Install di sini AliPrice Shopping Assintant For Lazada

Harap perkongsian ini memberi manfaat kepada semua orang lagi-lagi jenis kaki Shopee diluar sana.

Post a Comment

Previous Post Next Post