Waktu Operasi Terbaru Di Semua Premis McDonalds Kawasan PBPB Di Selangor, KL Dan Putrajaya

Waktu Operasi Terbaru Di Semua Premis McDonalds Kawasan PBPB Di Selangor, KL Dan Putrajaya

Hari ini merupakan hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Maka kawasan ini akan dikawal mereka yang keluar masuk dari negeri ini. Setiap individu perlulah mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak MKN dan KKM.

Antara SOP yang ditetapkan adalah berkaitan dengan waktu operasi premis perniagaan seperti restoren atau tempat makan. Mereka dibenarkan berniaga seperti biasa tetapi perlu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

Salah satu premis makanan terkesan adalah McDonalds. Sebentar tadi, pihak McDonalds baru sahaja mengumumkan waktu operasi baru dan memperkenalkan SOP yang perlu dipatuhi apabila memasuki McD di kawasan PKPB.

Waktu Operasi McDonalds Sepanjang PKPB

Berikutan pengumuman terkini daripada pihak Kerajaan, semua restoren McDonalds Malaysia di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor kini dibuka dari jam 7 pagi hingga 10 malam sahaja.

Manakala bagi kawasan ruang makan, ianya dihadkan kepada 2 orang sahaja setiap meja dengan mengikut garis panduan MKN.

Waktu Operasi Terbaru Di Semua Premis McDonalds Kawasan PBPB Di Selangor, KL Dan Putrajaya

Tetapi jangan risau, anda masih boleh nikmati makanan Mekdi melalui perkhidmatan pandu-lalu, McDelivery atau melalui kaunter take-away yang semua beroperasi seperti biasa.

Yang penting, anda ikutlah segala garis panduan dan sop yang ditetapkan. Supaya kita dapat sama-sama mengekang penularan COVID-19 khususnya di kawasan PKPB dan amnya di seluruh negara.


sumber : mcdonalds 

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended