Ini Senarai SOP Sepanjang PKPB Yang Dilaksanakan Di Selangor, KL, Putrajaya, Sabah Bermula 14 Oktober Ini

Ini Senarai SOP Sepanjang PKPB Yang Dilaksanakan Di Selangor, KL, Putrajaya Bermula 14 Oktober Ini

Kerajaan mengumumkan akan mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sabah bermula 13/14 Oktober hingga 26 Oktober 2020 (2 minggu).

Jadi sepanjang dalam tempoh tersebut, terdapat beberapa perkara atau SOP yang perlu dipatuhi bagi setiap orang.

Semoga dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) ini, akan dapat mengekang penularan COVID-19 yang kini menunjukkan peningkatan terutamanya di Lembah Klang.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini telah mengeluarkan panduan dan SOP penuh khusus kepada mereka yang berada di dalam kawasan PKPB ini.

Prosedur Operasi Standard (SOP) Sepanjang PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya 

Hanya dua (2) orang sahaja yang dibenarkan untuk keluar dari rumah bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan serta keperluan-keperluan yang lain. Orang-orang yang berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak.

Pergerakan keluar masuk merentas daerah dan negeri yang melibatkan kawasan PKPB adalah tidak dibenarkan kecuali bagi;

  • Bagi kes kecemasan seperti sakit dan pengurusan jenazah di luar daerah adalah dibenarkan tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada pihak PDRM.
Pekerja-pekerja dibenarkan untuk merentas daerah dan negeri dengan syarat mempunyai pas pekerja yang sah atau surat kebenaran daripada majikan. Bagi pekerja dari dalam daerah yang sama, mereka tidak perlu mengemukakan surat majikan atau pas pekerja. Pihak kerajaan menggalakkan majikan membenarkan pekerja-pekerja mereka untuk bekerja dari rumah (work from home).

Bagi mereka yang perlu melalui negeri Selangor dan Kuala Lumpur ke negeri-negeri lain, mereka dinasihatkan untuk mendapatkan kebenaran daripada balai polis berhampiran sebelum membuat perjalanan.

BACADapatkan Borang Permit Pergerakan Sepanjang PKPB

Individu yang menggunakan pergerakan udara melalui KLIA, KLIA2 dan Subang, mereka juga perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak Polis.

Aktiviti Ekonomi dalam kawasan PKPB

  • Semua aktiviti perniagaan, ekonomi dan industri boleh beroperasi.
  • Restoran, kedai / gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera / pusat penjaja, gerai makan tepi jalan / kiosk, kedai runcit dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam
  • Pembelian makanan digalakkan secara pandu lalu, penghantaran (delivery) atau take-away sahaja. Walaubagaimanapun makan di premis makanan (dine in) adalah dibenarkan namun ianya terhad kepada 2 orang 1 meja dengan pematuhan SOP 

Sektor Makanan.

  • Operasi pasar harian adalah antara 6.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja.
  • Operasi pasar borong adalah antara 4.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja.
  • Operasi pasar tani adalah antara 6.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
  • Operasi pasar malam adalah antara 4.00 petang hingga 10.00 malam

Walaubagaimanapun operasi pasar tani dan pasar malam perlu mematuhi SOP ketat yang telah pun ditetapkan dan perlu dengan pengawasan anggota RELA. 

  • Waktu operasi Stesen Minyak adalah antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam (kecuali pengoperasian Stesen Minyak di lebuhraya dibenarkan beroperasi 24 jam)
  • Perkhidmatan pengangkutan awam seperi bas henti-henti, bas Ekspres, LRT, teksi/ e-hailing dibenarkan beroperasi. 
  • Perkhidmatan teksi/ e-hailing, (maksimum hanya 2 orang penumpang) dan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam. 
  • Bagi kenderaan yang membawa pekerja, mereka boleh membawa penumpang seperti yang telah ditetapkan sebelum ini.

Perubatan dan Kesihatan 

  • Waktu operasi klinik dan hospital Kerajaan dan swasta dibenarkan secara 24 jam.
  • Farmasi dan kedai menjual ubat-ubatan beroperasi mulai 8.00 pagi hingga 11.00 malam.

Sektor Ekonomi Dan Industri 

  • Aktiviti sektor ekonomi dan industri di kawasan PKPB berjalan seperti yang ditetapkan dengan pematuhan SOP yang telah ditetapkan.
  • Semua kenderaan berkaitan industri, perniagaan, perkilangan yang dibenarkan boleh beroperasi seperti biasa termasuk merentas daerah dan negeri. 

Perikanan, Perladangan dan Pertanian

  • Sektor perikanan, perladangan, pertanian, penternakan dan semua yang berkaitan dengan rantaian makanan dibenarkan beroperasi. 

Pelabuhan dan Lapangan Terbang 

  • Aktiviti dan perkhidmatan di semua lapangan terbang dan pelabuhan dibenarkan beroperasi.

Aktiviti Keagamaan

  • Mesyuarat bersetuju mencadangkan bagi mengimarahkan masjid untuk membenarkan azan dan mendirikan solat lima waktu dengan kehadiran 6 orang Jemaah yang ditentukan oleh jawatankuasa masjid termasuk Imam. 
  • Manakala pengurusan dan petugas di semua rumah ibadat bukan  Islam dibenarkan seramai 6 orang sahaja.
  • Walaubagaimanapun cadangan ini akan dibawa kepada JAKIM dan Pihak Berkuasa Agama Negeri Selangor untuk dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor untuk diperkenankan. Keputusan lanjut akan diumumkan oleh JAKIM dan Pihak Berkuasa  Agama Negeri Selangor dalam masa terdekat. 

Aktiviti Riadah, Rekreasi dan Budaya

  • Semua aktiviti riadah, rekreasi dan budaya adalah tidak dibenarkan. 
  • Aktiviti hiburan termasuk kelab malam atau pub, pusat rekreasi, taman tema, indoor playground dan panggung wayang adalah tidak dibenarkan.

Aktiviti Sukan 

  • Aktiviti sukan secara individu, e-sports, sukan yang tidak bersentuhan dan sukan outdoor yang tidak melebihi 10 orang adalah DIBENARKAN.
  • Aktiviti kolam renang, bersentuhan fizikal, sukan bertempur dan penganjuran sukan/kejohanan TIDAK DIBENARKAN.
  • Acara dan pertandingan sukan dengan kehadiran penonton, dan acara dan pertandingan sukan yang melibatkan peserta dari luar negeri TIDAK DIBENARKAN.
  • Bagi proram latihan berpusat yang sedang dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Negeri-negeri boleh diteruskan secara Quarantine Based Approach seperti yang dilaksanakan di Kompleks Majlis Sukan Negara Bukit Jalil dan Keramat, Akademi Badminton Malaysia Bukit Kiara dan Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kg Pandan.

Pendidikan 

  • Institut Pengajian Tinggi Awam & Swasta, Institut Latihan Kemahiran, sekolah, tadika, taska, pusat tahfiz dan pusat jagaan kanak – kanak ditutup dalam tempoh ini.
  • Walaubagaimanapun bagi pelajar sekolah, IPTA, IPTS yang mengambil peperiksaan dengan institusi pengajian luar negara, mereka dibenarkan untuk hadir menduduki peperiksaan sahaja dan bukan untuk sesi pembelajaran. 

Seminar / Bengkel / Persidangan 

  • Seminar/Bengkel/Kursus/Latihan/Persidangan/Ceramah dan aktiviti berkaitan dengan Meeting, Incentives, Conventions and Exhibitions (MICE) tidak dibenarkan. Latihan dalam perkhidmatan yang sedang berjalan boleh dilaksanakan hanya dalam kawasan latihan sahaja.

Mesyuarat 

  • Mesyuarat perlu diadakan secara sidang video manakala mesyuarat secara bersemuka adalah tidak digalakkan.

Penganjuran Majlis Keramaian

Majlis Rasmi dan Tidak Rasmi Kerajaan dan Swasta, Majlis Sosial seperti kenduri-kendara, majlis perkahwinan dan pertunangan, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion dan lain-lain majlis sosial adalah tidak dibenarkan.

Pelancongan

Semua aktiviti pelancongan ke luar kawasan PKPB dan ke dalam kawasan PKPB adalah tidak dibenarkan.


sumber : Majlis Keselamatan Negara


Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended