Cristiano Ronaldo Disahkan Positif COVID-19

ronaldo disahkan positif covid-19

Pemain bola sepak, Cristiano Ronaldo yang juga penyerang pasukan Juventus telah disahkan positif COVID-19 seperti yang dilaporkan oleh mirror. Berita ini juga telah disahkan oleh Persatuan Bola Sepak Portugal, FPF.

Penyerang tersebut tidak mengalami apa-apa gejala dan sihat setakat ini. Tetapi beliau akan menjalani kuarantin kendiri dan sudah pasti akan terlepas pertembungan dengan pasukan kebangsaan Portugal yang disertainya kini bagi menghadapai Sweden.

Dalam masa yang sama, kesemua ahli pasukan Portugal disahkan negatif dan mampu meneruskan perlawanan seterusnya selepas membuat saringan.

"Cristiano Ronaldo direhatkan daripada sertai pasukan kebangsaan selepas disahkan positif COVID-19, jadi beliau tidak akan bermain hadapi pasukan Sweden pada khamis ini" - bercakap persatuan bola sepak Portugal.

"Beliau juga dalam keadaan baik, tanpa apa-apa gejala dan sedang melakukan kurantin kendiri"

ronaldo disahkan positif covid-19

Portugal akan bertemu Sweden dalam kancah kelayakan Liga Negara-Negara UEFA yang berlangsung pada rabu jam 7.45 malam di Alvalade, Portugal (Khamis, 3.45 pagi waktu Malaysia)

Sebelum ini, Ronaldo sudah beraski 90 minit penuh ketika bertemu Perancis di Kota Paris pada Ahad lepas yang berkesudahan tanpa jaringan.

Post a Comment

Previous Post Next Post