Tahniah Margosa Dinobatkan Sebagai Juara Anugerah Lagu Indie 2020

Tahniah Margosa Dinobatkan Sebagai Juara Anugerah Lagu Indie 2020

Tahniah Margosa dengan lagu Penawar selepas dinobatkan sebagai Juara Anugerah Lagu Indie 2020 selepas mengalahkan 12 lagu lain yang turut bertanding pada malam tersebut.

Anugerah Lagu Indie 2020 menampilkan 13 buah lagu yang bertanding bagi mengejar gelaran juara bagi Anugerah Lagu Indie 2020. Walaupun dikala pandemik COVID-19, tetapi barisan peserta masih bersemangat mempersembahkan lagu bagi menambat hati juri.

Pada malam tersebut (sabtu), ALI2020 dipertontonkan secara live menerusi Youtube Kamar Seni Studio bermula jam 9 malam serta menurusi siaran radio Rakita 107.9 #MuzikPalingLit. Peminat muzik indie pastinya ternanti-nanti disiarkan acara ini sebelum ini.

Tahniah Margosa Dinobatkan Sebagai Juara Anugerah Lagu Indie 2020

Antara barisan juri profesional bagi memilih sang juara ialah Loy Ekzan, Rudy Nastia, JD Wong, Ad Samad, Amir Jahari, Ham, Jennifer Thompson dan Dato' M. Nasir beserta 3 hos yang memeriahkan lagi acara ini iaitu Atoi, Zora dan Bob.

ALI2020 kali ini menawarkan RM2,500, Live Space RM1700, Mix & Master bernilai RM600 dan trofi kepada Juara, manakala Naib Juara akan membawa wang tunai RM1500, Sesi Rakaman bernilai RM1,500, Mix & Master bernilai RM600 dan trofi. Untuk pemenang tempat ke-3 membawa pulang wang tunai RM1000, Sesi Rakaman bernilai RM1,500, Mix & Master bernilai RM600 dan trofi

Selain itu, penerimaan penonton juga baik selepas ditunjukkan melalui views di Youtube dan trending di Twitter dengan #ALI2020. Jom kita tengok senarai pemenang dan Juara Anugerah Lagu Indie 2020.

Senarai Pemenang Dan Juara Anugerah Lagu Indie 2020

Tahniah Margosa Dinobatkan Sebagai Juara Anugerah Lagu Indie 2020

Anugerah Platinum, Carta Indie Rakita 107.9

SEKUMPULAN ORANG GILA & SHILA AMZAH - PELUKAN ANGKASA
Composer : Raja Nazrin Shah
Lyricist : Fazleena Hishamuddin

Anugerah Lagu Popular

SEKUMPULAN ORANG GILA & SHILA AMZAH - PELUKAN ANGKASA (8800 views di Youtube)

Tempat Ke-3

ORKES A HIZADIN & AININA HASNUL - MENUNGGU
Composer : Amiruddin Hizadin
Lyricist : Amiruddin Hizadin

Naib Juara

NUSARASA - MESRA
Composer : Ayop Azril
Lyricist : Ayop Azril

Juara Anugerah Lagu Indie 2020

MARGOSA - PENAWAR
Composer : Raja Nazrin Shah
Lyricist : Fazleena Hishamuddin

Post a Comment

Previous Post Next Post