Resepi Daging Masak Merah Ala Thai. Pasti Sedap!

Resepi Daging Masak Merah Ala Thai. Pasti Sedap!

Kepada peminat daging masak merah, anda boleh ikuti perkongsian ini cara masak dan resepi Daging Masak Ala Thai yang boleh dibuat sendiri di rumah.

Daging Masak Merah antara menu kegemaran kalau kita makan di restoren terutamanya kedai masakan Thai. Biasanya kita akan makan bersama nasi putih dan telur dadar. Tetapi ada juga digabungkan dengan nasi goreng. Yang pastinya daging masak merah akan dimasak asing supaya ianya menjadi lebih sedap. Jadi apa tunggu lagi, jom kita tengok resepi daging masak merah ala thai untuk dimasak dan dihadangkan kepada yang tersayang.

Resepi Masak Daging Merah Ala Thai

Anda bebas untuk makan bersama nasi putih atau nasi goreng. Dalam perkongsian kali ini fokus kepada masa daging masak merah itu sendiri.

Bahan-Bahan

  • Daging
  • Pewarna makanan merah (pilihan)
  • 3-4 ulas bawang putih
  • Bawang besar
  • Lada besar
  • Cili kasar
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Sos tiram
  • Secukup garam dan gula

Resepi Daging Masak Merah Ala Thai. Pasti Sedap!

Cara Masak

#1.  Rebus daging di dalam periuk bersama sedikit pewarna merah. Terserah anda mhu letak atau tidak. Sekadar menaikkan warna.

Resepi Daging Masak Merah Ala Thai. Pasti Sedap!

#2.  Setelah daging masak dan empuk, ketepikan dan biarkan ianya sejuk

Resepi Daging Masak Merah Ala Thai. Pasti Sedap!

#3.  Sambil menunggu daging sejuk, ketukkan bawang putih dan hiriskan cili besar bersama bawang besar.

Resepi Daging Masak Merah Ala Thai. Pasti Sedap!

#4.  Setelah daging sudah sejuk, hiriskan daging nipis atau mengikut ketebalan yang anda inginkan.

Resepi Daging Masak Merah Ala Thai. Pasti Sedap!

#5.  Kemudian panaskan minyak di dalam kuali dan gorengkan hirisan daging sebentar tadi sehingga sedikit garing

Resepi Daging Masak Merah Ala Thai. Pasti Sedap!

#6.  Apabila daging sudah garing, angkat daging dari kuali dan ketepikan seketika.

Resepi Daging Masak Merah Ala Thai. Pasti Sedap!

#7.  Seterusnya, tumiskan bawan putih dan cili kasar di dalam minyak yang sama

Resepi Daging Masak Merah Ala Thai. Pasti Sedap!

#8.  Setelah cili telah pecah minyak, masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan 4 sudu air rebusan daging sebentar tadi ke dalam kuali yang sama tersebut.

Resepi Daging Masak Merah Ala Thai. Pasti Sedap!

#9.  Kemudian, masukkan pula daging yang telah digoreng tadi dana letakkan garam dan gula secukup rasa

#10.  Kemudian, masukkan cili besar dan bawan besar yang telah dihiris dan gaulkan sehingga sebati

Resepi Daging Masak Merah Ala Thai. Pasti Sedap!

Setelah itu, daging masak merah ala thai sudah siap dan sedia untuk dimakan!


sumber : resepimasakMY

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended