Senarai Lagu Finalis Bagi Pentas Akhir Anugerah Lagu Indie 2020

Senarai Lagu Finalis Bagi Pentas Akhir Anugerah Lagu Indie 2020

Untuk ketahui senarai lagu finalis yang layak ke pentas akhir Anugerah Lagi Indie untuk tahun 2020, anda boleh lihat senarai penuh disini.

Bagi peminat lagu Indie, pastinya anugerah ini ditunggu-tunggu. Walaupun tahun ini negara melanda serangan musuh yang tidak nampak, COVID-19 tetapi kehangatan Anugerah Lagu Indie 2020 masih diteruskan.

Pada peringkat separuh akhir sebelum ini, terdapat 35 buah lagi dipertandingkan. Selepas mendapat markah tertinggi, sebanyak 13 buah lagu telah terpilih untuk ke peringkat akhir bagi Anugerah Lagu Indie 2020 pada kali ini. Jadi lagu mana yang bakal menjadi juara pada edisi kali ini?

Senarai Lagu Finalis Bagi Pentas Akhir Anugerah Lagu Indie 2020

Anugerah Lagu Indie 2020

Anugerah Lagu Indie 2020 akan disiarkan secara langsung pada 3 Oktober 2020 pada jam 9 malam menerusi Youtube Kamar Seni dan Facebook Utusan Online. Selain itu, boleh dengarkan melalui radio Rakita 107.9 #MuzikPalingLit.

13 lagu indie untuk mencari 1 juara. Lagu mana yang akan menjadi pilihan juri?

Untuk peringkat akhir, kesemua lagu dipertandingkan akan diadili oleh pihak juri dan telah memperkenalkan satu anugerah yang boleh diundi oleh orang ramai iaitu Anugerah Lagu Popular. Anugerah ni ditentukan sepenuhnya oleh anda sebagai penyokong industri muzik tempatan. 

Anugerah Lagu Popular ini bukan melibatkan finalis 13 buah lagu sahaja sebaliknya kesemua 35 lagu yang bertanding pada peringkat separuh akhir sebelum ini. 

Cara Mengundi Anugerah Lagu Popular

Untuk mengundi mudah sahaja, anda hanya perlu tonton video persembahan lagu yang anda suka seberapa banyak kali yang anda mahu. Setiap view dari anda akan dikira sebagai satu undi. Untuk tonton, boleh pergi ke Youtube Anugerah Lagu Indie.

Senarai Lagu Finalis Bagi Pentas Akhir Anugerah Lagu Indie 2020

Senarai 13 Lagu Finalis Bagi Anugerah Lagu Indie 2020

KAPOW - KANGKONG N ROLL 
Composer : KAPOW & Along
Lyricist : Fahmi & Along

OCEANLIGHTS - LANDASAN
Composer : Shaikh Shafiq
Lyricist : Shaikh Shafiq

BIHZHU - I AM ENOUGH
Composer : Bihzhu
Lyricist : Bihzhu

TEMAN LELAKI - DENGAN NAMA TUHAN
Composer : Eidi & Hafiz
Lyricist : Eidi & Hafiz

THE IMPATIENT SISTERS - MARI MENARI
Composer : Soraya Taib, Nazeera Taib, Irena Talib
Lyricist : The Impatient Sisters

BUDAK NAKAL HUJUNG SIMPANG - MR POLLUTION
Composer : Suffren G & Syed H. Daniel
Lyricist : John Bear

CRINKLE CUT - HAD TO WAIT SO LONG
Composer : Grace Foo Wai San, Lim Hong Koon, Frances Tsen Hen Wearn, Choong Siew Mun, Wong Woi Shin
Lyricist : Grace Foo Wai San

SERVANTS - I WISH IT WAS ONLY YOU
Composer : Afif & Imran
Lyricist : Rohaizad & Mirul

NUSARASA - MESRA
Composer : Ayop Azril
Lyricist : Ayop Azril

MARGOSA - PENAWAR
Composer : Raja Nazrin Shah
Lyricist : Fazleena Hishamuddin

SEKUMPULAN ORANG GILA & SHILA AMZAH - PELUKAN ANGKASA
Composer : Raja Nazrin Shah
Lyricist : Fazleena Hishamuddin

HEIDI MORU & HASHA ROSLAN - JIKA INI YANG TERBAIK
Composer : Aziem Rashidi
Lyricist : Aziem Rashidi

ORKES A HIZADIN & AININA HASNUL - MENUNGGU
Composer : Amiruddin Hizadin
Lyricist : Amiruddin Hizadin


Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sosial media mereka di :

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended