Tahniah Azzam Shah Dinobatkan Sebagai Juara Big Stage 2020 Musim Ke-3

Tahniah Azzam Shah Dinobatkan Sebagai Juara Big Stage 2020 Musim Ke-3

Selepas mengharungi 8 minggu, akhir Azzam Shah telah dinobatkan sebagai juara Big Stage 2020 untuk musim ketiga selepas mengalahkan 4 peserta lain.

Juara Big Stage 2020 membawa pulang wang tunai RM100,000, manakala naib juara sebanyak RM50,000 dan tempat ketiga meraih RM25,000 bagi tiap-tiap peserta yang bertanding.

Walaupun dalam keadaan mematuhi SOP dan pelbagai dugaan sepanjang pertandingan seperti kehilangan rakan seperjuangan,  tetapi terus memberikan persembahan yang menarik dan mantap buat penonton dan juga barisan juri bagi menambat hati mereka.

Tahun seramai 12 peserta telah bertanding bagi merebut gelaran Juara Big Stage 2020 tetapi hanya 5 peserta sahaja yang lepas ke peringkat akhir iaitu Usop, Fadh Majid, Azzam Sham, Dinie Rashid dan Qody Rany. Ya, kesemuanya peserta lelaki. 

Tahniah Azzam Shah Dinobatkan Sebagai Juara Big Stage 2020 Musim Ke-3

Seperti tiap-tiap minggu, 3 juri tetap akan mengadili setiap peserta iaitu Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah dan Ajai. Manakala disertakan dengan seorang juri digelar presiden nitizen iaitu Elly Mazlien telah ditugaskan dengan seorang juri jemputan iaitu Misha Omar. Seperti biasa, hos rancangan iaitu  Alif Satar dan Sherry Alhadad dikekalkan bermula dari musim pertama lagi. 

BACAKonsert Big Stage 2020 : Tonton Secara Live Dan Ketahui Keputusan Setiap Minggu

Program Big Stage 2020 telah disiarkan secara langsung melalui Astro RIA dan RIA HD setiap Ahad, jam 9 malam. Selain itu, boleh strim secara percuma khusus untuk pelanggan Astro melalui Astro GO. Tak cukup dengan itu, Astro turut siarkan di Youtube Astro Gempak untuk setiap minggu termasuk minggu akhir ini.

Tahniah Azzam Shah Dinobatkan Sebagai Juara Big Stage 2020 Musim Ke-3

Juara Dan Senarai Pemenang Big Stage 2020 Musim Ketiga

Pada malam tersebut, kesemua peserta ditugaskan untuk membawa 2 buah lagu dengan tema Ultimetum iaitu sebuah lagi fast dan sebuah lagu slow. Kesemuanya memberikan persembahan yang terbaik dan memukau sehingga berjaya menambat hati juri. Akhirnya, jom kita tengok senarai pemenang untuk Big Stage 2020

Tempat Kelima - Fadh Majid (58.80%)

Tempat Keempat - Qody Rany (61.85%)

Tempat Ketiga - Usop (66.57%)

Naib Juara - Usop (66.57%)

Juara Big Stage 2020 - Azzam Shah (67.85%)

Tahniah kepada semua peserta yang telah memberikan persembahan yang mantap untuk musim kali ini. Jadi ada tak musim keempat nanti? Kita tunggu. Lepas ni kita layan Gegar Vaganza 7 pula!

Post a Comment

Previous Post Next Post