1 Utama Sahkan Kes COVID-19 Yang Melibatkan Pekerja Mac City Service Centre

1 Utama Sahkan Kes COVID-19 Yang Melibatkan Pekerja Mac City Service Centre

Hari ini, pusat beli belah, 1 Utama telah sahkan salah seorang pekerja di outlet mereka telah dijangkiti COVID-19.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan di facebook rasmi mereka, pekerja yang terlibat adalah di outlet Mac City Service Centre.

Menurut kenyataan, pekerja tersebut tidak hadir ke pusat beli belah itu sejak 30 September yang lepas dimana beliau bercuti pada keesokan harinya.

1 Utama Sahkan Kes COVID-19 Yang Melibatkan Pekerja Mac City Service Centre

1 Utama juga memberitahu, ini merupakan kes pertama yang melibatkan premis mereka sejak pandemik COVID-19 menyerang Malaysia pada bulan Mac yang lepas. Tetapi selepas beberapa bulan membuat persediaan dan menjaga segala SOP, mereka sudah bersedia berhadapan dengan situasi seperti itu.

Dengan keadaan ini, pihak 1 Utama telah bekerjasama dengan pihak KKM bagi proses mitigasi. Sejurus mendapat berita tersebut, Mac City Service Centre ditutup dan telah menjalani proses nyah kuman dan telah mengeluarkan arahan kepada semua pekerja outlet tersebut menjalanan kuarantin wajib yang merupakan kontak rapat kepada kes jangkitan.

Justeru, pihak 1 Utama juga mengingatkan supaya setiap pengunjung yang memasuki premis supaya bertenang dan mengikut segala SOP yang telah ditetapkan bagi mengelakkan jangkitan. Sentiasa memakai face mask, penjarakan fizikal dan sentiasa mencuci tangan dengan sabun apabila berlaku sentuhan antara yang lain. 


sumber : facebook 1 utama

Post a Comment

Previous Post Next Post