KPT Mengumumkan Syarikat Penerbangan Menyediakan Kemudahan Pertukaran Tarikh Penerbangan Tanpa Had

KPT Mengumumkan Syarikat Penerbangan Menyediakan Kemudahan Pertukaran Tarikh Penerbangan Tanpa Had

Hari ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengumumkan dimana syarikat penerbangan telah menyediakan kemudahan pertukaran tarikh tanpa had.

Kita sedia maklum, baru-baru ini dengan secara tiba-tiba pihak KPT telah mengumumkan dimana penangguhan kemasukan pelajar ke kampus bagi sesi 2020/2021 untuk semua Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) diseluruh negara.

Keputusan ini dibuat ekoran peningkatan luar biasa angka kes jangkitan COVID-19 yang kini telah mencatat nilai yang tertinggi sejak virus tersebut masuk ke Malaysia pada Februari yang lepas dan juga sejak bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac yang lalu.

Tetapi keputusan yang seakan 'last minute' ini nampaknya telah memberi bebanan kepada mahasiswa yang telah sampai atau dalam perjalanan untuk mendaftar di universiti. Ada yang dah sampai, tetapi perlu patah semula. Ada yang tiada wang untuk pulang ke rumah semula, tiada kenderaan dan sebagainya.

Jadi hasil rundingan tersebut, KPT berjaya capat sepakat dengan beberapa syarikat penerbangan untuk menyediakan kemudahan penjadualan semula tiket penerbangan sehingga hujung tahun 2020. Pastinya ini sedikit sebanyak memberi berita gembira khusus kepada pelajar yang menggunakan laluan udara untuk daftar kemasukan di IPT semenangjung dan di Sabar Sarawak.

Syarikat Penerbangan Setuju Untuk Penjadualan Semula Tiket Tanpa Bayaran Tambahan

Jadi jika anda pelajar yang terkesan dengan penangguhan pendaftaran secara semua di IPT seperti yang diumumkan oleh KP sebelum ini dan anda menggunakan pengangkutan kapal terbang, anda boleh mohon inisiatif ini.

Malaysia Airlines

Syarikat penerbangan Malaysia Airlines telah bersetuju untuk menjadualkan semula tiket penerbangan pelajar satu dari tarikh pembelian tiket. Maka tiada bayaran tambahan dalam tempoh setahun jika anda menukar tarikh. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang : www.malaysiaairlines.com/hq/en/student-waiver.html

KPM Mengumumkan Syarikat Penerbangan Menyediakan Kemudahan Pertukaran Tarikh Penerbangan Tanpa Had

AirAsia Berhad

Syarikat tambang murah, AirAsia Berhad juga tampil membantu pelajar yang terjajas dengan penangguhan pendaftaran secara bersemuka ini. AirAsia menyediakan kemudahan pertukaran tarikh tanpa had sebelum 31 Disember 2020 di laluan yang sama tanpa bayaran tambahan tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk untuk pelajar dan ibubapa.

Pelajar boleh hubungi IPT masing-masing bagi mendapatkan cara-cara mengemukakan maklumat bagi tujuan ini.

KPM Mengumumkan Syarikat Penerbangan Menyediakan Kemudahan Pertukaran Tarikh Penerbangan Tanpa Had

Malindo Air

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bekerjasama dengan Malindo Air dalam membantu IPT yang terjejas dengan penangguhan pendaftaran secara bersemuka bagi sesi pembelajaran 2020/2021. Pelajar boleh mendapatkan pengecualian Fi penukaran tarikh (tertakluk kepada perbezaan tambang).

Untuk maklumat lanjut sila hubungi pihak Malindo Air di 03-7841 5388 atau emel di customer_care@malindoair.com

KPM Mengumumkan Syarikat Penerbangan Menyediakan Kemudahan Pertukaran Tarikh Penerbangan Tanpa Had

Post a Comment

Previous Post Next Post