Sunway Lost World Of Tambun Ditutup Berikutan Pengunjung Disahkan Positif COVID-19

Sunway Lost Of Tambun Ditutup Berikutan Pengunjung Disahkan Positif COVID-19

Sekali lagi pusat tumpuan orang ramai terkesan disebabkan COVID-19. Kebelakangan ini kita dengar banyak premis pusat beli belah sekitar Lembah Klang ditutup disebabkan ada pekerja atau pengunjung disahkan positif COVID-19.

Jadi disebabkan kejadian ini, premis-premis tersebut akan ditutup beberapa hari dan akan dijalankan contact tracing dan pastinya proses nyahkuman sebelum dibenarkan beroperasi semula.

Yang terbaru, pihak pengurusan Lost World Of Tambun mengumumkan dimana salah seorang pengunjung di taman tema tersebut disyaki positif COVID-19 selepas diberitahu oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Berhubung dengan perkara itu, Sunway Lost World of Tambun dan Sunway Lost World Hotel akan ditutup selama 14 hari bermula 13 Oktober 2020 sehingga 26 Oktober 2020. Ini bertujuan bagi kerja-kerja pembersihan dan nyahkuman bagi sekitar taman tema dan hotel.

Sunway Lost Of Tambun Ditutup Berikutan Pengunjung Disahkan Positif COVID-19

Pihak KKM juga telah segera melakukan pengesanan kontak kepada semua kontak rapat yang berpotensi.

Jadi diharap kepada orang ramai, sentiasa tenang dan ikuti segala SOP yang ditetapkan walau dimana sahaja anda berada.


sumber : Lost Worlf Of Tambun

Post a Comment

Previous Post Next Post