Dapatkan Borang Permit Pergerakan Sepanjang PKPB

Dapatkan Borang Permit Pergerakan Sepanjang PKPB Dilaksanakan

Bermula 14 Oktober ini, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya iaitu bermula malam ini, 14 Oktober hingga 26 Oktober 2020.

Antara salah satu Prosedur Operasi Standard (SOP) yang perlu dipatuhi adalah tidak dibenarkan untuk rentas negeri sama ada dalam dari kawasan PKPB ke luar atau dari luar ke kawasan PKPB.

Tetapi terdapat 4 kategori individu sahaja yang dibenarkan untuk bergerak rentas sempadan negeri iaitu dengan menggunakan Borang Permit PKPB ini iaitu :

1.  Individu dari kawasan yang sedang melaksanakan PKPB iaitu negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya yang ingin melakukan pergerakan ke negeri lain atas sebab-sebab kecemasan (sakit dan kematian) sahaja,

2.  Individu yang hendak merentasi kawasan yang sedang melaksanakan PKPB iaitu negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya atas sebab-sebab kecemasan,

3.  Individu dari luar yang ingin memasuki ke kawasan yang sedang melaksanakan PKPB atas sebab-sebab kecemasan, dan

4.  Individu yang menggunakan pergerakan udara melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), KLIA 2 dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Muat-turun Borang Permit PKPB

Jadi jika anda berada di dalam 4 kategori ini, anda perlu muat-turun borang permit ini dengan klik di pautan ini atau dapatkan di balai-balai polis dan dihantar semula ke balai-balai polis berdekatan dalam SATU SALINAN SAHAJA.

borang permit pkpb selangor

Perlu diingatkan bahawa hanya DUA ORANG SAHAJA dibenarkan dalam setiap pergerakan. Manakala pekerja-pekerja pula dibenarkan untuk merentas daerah atau negeri dengan syarat MEMPUNYAI pas pekerja yang sah atau surat kebenaran daripada majikan. Bagi pekerja dalam daerah yang sama, mereka TIDAK PERLU mengemukakan surat majikan atau pas pekerja.

Contoh Situasi

SITUASI BAGI KATEGORI 2:

Individu dari negeri Johor yang hendak menuju ke negeri Pulau Pinang dan terpaksa merentasi negeri Selangor atas sebab kecemasan, hendaklah mengisi dan menghantar borang permit tersebut di balai polis yang berhampiran dengan tempat kediaman di negeri Johor sebelum membuat pergerakan.

SITUASI BAGI KATEGORI 3:

Individu dari negeri Melaka yang hendak memasuki Wilayah Persekutuan Putrajaya kerana berlaku kecemasan, hendaklah mengisi dan menghantar borang permit tersebut di balai polis yang berhampiran dengan tempat kediaman di negeri Melaka sebelum membuat pergerakan.

Walau bagaimanapun, sekiranya individu yang sedang membuat pergerakan tadi TERLUPA untuk mengisi borang tersebut pada separuh perjalanan, bolehlah mengisi dan menghantarnya di mana-mana balai terdekat sebelum merentasi/memasuki sekatan jalan raya (SJR) yang didirikan di kawasan yang sedang melaksanakan PKPB.


sumber : Polis Diraja Malaysia

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended