DBKL Perkenal Bayaran Menggunakan E-Wallet Untuk Bayaran Parking Dan Tidak Lagi menggunakan Mesin

DBKL Perkenal Bayaran Menggunakan E-Wallet Untuk Bayaran Parking Dan Tidak Lagi menggunakan Mesin

Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan dimana selepas ini tiada lagi bayaran menggunakan mesin meter untuk bayaran parking kereta bahu jalan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebaliknya menggunkan perkhidmatan e-Wallet.

Nampaknya kehidupan norma baharu sedikit sebanyak memberi kesan kepada sistem yang pastinya menjadi lebih baik. Kalau sekarang, kita digalakkan memakai face mask, jaga penjarakan fizikal dan kerap mencuci tangan lagi-lagi apabila menyentuh apa-apa permukaan. Jadi kalau untuk membayar parking terutamanya di KL, kita perlu pergi sentuh mesin meter untuk dapatkan tiket parking tetapi kini tidak lagi.

DBKL telah memperkenalkan sistem bayaran secara online atau cashless sahaja bermula 1 Oktober 2020 dan tidak lagi perlu pergi bayar dan sentuh mesin parking tersebut.

Pembayaran Parking DBKL Menggunakan Aplikasi e-Wallet

Seperti yang diumumkan oleh DBKL bawah kaedah pembayaran caj petak tempat letak kereta bahu jalan yang menggunakan mesin di Kuala Lumpur akan berakhir pada 30 September 2020. Jadi bermula 1 Oktober 2020, kaedah baru pembayaran caj tempat letak kereta bahu jalan yang hanya menggunakan salah satu aplikasi mudah alih dan e-Wallet seperti berikut :

DBKL setakat ini masih berusaha untuk merancang dengan "Boost" dan "Touch N' Go e-wallet" yang pastinya akan memberikan lebih pilihan dimana antara aplikasi eWallet yang paling banyak digunakan di Malaysia setakat ini.

Selain itu, pas harian dan pas bulanan masih lagi belum beroperasi. Jika sudah, DBKL akan umumkan kelak. Permohonan untuk petak khas masih beroperasi seperti biasa dan kadar caj TLK masih kekal seperti sediada.

Jadi kepada pengguna kereta di Kuala Lumpur, sila sesuaikan diri anda dengan sistem baru ini yang mana pastinya memberikan kerja kita lebih mudah. Boleh bayar sahaja menerusi dalam kereta sahaja kan, tak perlu bayar di mesin dah.


sumber : facebook DBKL

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended