Sekatan Keluar Masuk Sabah Bermula 12 Oktober 2020

Sekatan Keluar Masuk Sabah Bermula 7 Oktober 2020

Selepas kawalan rentas daerah, kini Kerajaan telah mengumumkan sekatan perjalanan rentas negeri ke Sabah dan dari Sabah bermula 12 Oktober 2020 hingga 25 Oktober 2020.

Pengkuatkuasaan ini akan dibuat selepas beberapa hari pada tarikh seperti Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 3 daerah iaitu Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan yang akan bermula pada 7 Oktober ini.

Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira peningkatan kes COVID-19 di seluruh negeri Sabah dan disebabkan itu, sekatan perjalanan dari Sabah ke Semenananjung, Sarawak dan Labuan dikuatkuasakan.

Walaubagaimanapun, terdapat pengecualian kes terhadap kes-kes tertentu seperti melibatkan kes kecemasan, kematian, perkhidmatan perlu dan lain-lain perkara yang perlu mendapat kebenaran dari KKM.

Jika sudah dapat kebenaran, mereka perlu menjalani ujian saringan COVID-19 setibanya di pintu masuk destinas masing-masing.

Sekatan Keluar Masuk Sabah Bermula 7 Oktober 2020

Manakala bagi mereka yang ingin masuk ke Sabah, kebenaran akan diberikan berdasarkan ketegori berikut seperti dikeluarkan oleh pihak MKN;

  • Rakyat Sabah yang memegang MyKad kod H
  • Pasangan kepada rakyat Sabah yang memiliki pas imigresen Malaysia yang sah tempoh yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia, Negeri Sabah, atau bukti perkahwinan dan sijil lahir anak.
  • Pekerja bidang perkhidmatan perlu (essential service) yang mempunyai pas Imigresen Malaysia yang sah tempoh yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia, negeri Sabah.
  • Pelajar bukan rakyat Sabah yang mempunyai kad/pas pelajar daripada Jabatan Imigresen Malaysia, negeri Sabah.
  • Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan yang berkhidmat di Sabah perlu mendapatkan cop seksyen 66(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 di pejabat Imigresen Sabah setelah masuk ke Negeri Sabah
  • Pemastautin tetap Sabah yang memiliki MyPR kod H atau Kad Permit Masuk atau endosmen permit masuk dalam passport.
  • Mereka hendaklah membuat permohonan kepada Jabatan Ketua Menteri melalui Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan untuk pertimbangan.

Jadi kepada mereka yang ingin pergi ke Sabah, mereka juga akan menjalani ujian saringan COVID-19 oleh KKM setibanya di pintu masuk destinasi masing-masing.

Untuk bantuan, boleh hubungi pihak Gerakan Bencana Negeri Sabah di talian 088-369434


sumber : MKN

Post a Comment

Previous Post Next Post