Kawalan Rentas Daerah Di Sabah Bermula 3 Oktober Sehingga 16 Oktober 2020

Kawalan Rentas Daerah Di Sabah Bermula 3 Oktober Sehingga 16 Oktober 2020

Melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Kawalan Rentas Daerah di seluruh negeri Sabah bermula 3 Oktober 2020 sehingga 16 Oktober 2020.

Dari hari ke hari, Sabah sepertinya menunjukkan peningkatan jangkitan pandemik COVID-19 sehingga 2 digit sehari. Baru-baru ini sahaja, Kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) pada 4 daerah di Sabah iaitu Lahad Datu, Tawau, Kunan Dan Semporna.

Kali ini, sekali lagi diumumkan bagi Kawalan Rentas Daerah pula yang melibatkan seluruh negeri Sabah.

Kawalan Rentas Daerah Di Sabah Bermula 3 Oktober Sehingga 16 Oktober 2020

Kawalan Rentas Daerah Di Sabah

Kawalan ini secara tepatnya akan berkuatkuasa mulai jam 12.01 malam 3 Oktober 2020 sehingga 16 Oktober 2020.

Namun begitu, perkhidmatan perlu (essential services) seperti keperluan bekalan makanan, perubatan, keselamatan dan lain-laian adalah dibenarkan untuk melakukan perjalanan rentas daerah.

Sepanjang tempoh ini, mereka yang sedang dikuarantin dan akan tamat tempoh kuarantin dibenarkan pulang ke daerah masing-masing atau pulang ke Semenanjung, Sarawak dan Labuan.

Walaubagaimanapun, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di empat daerah iaitu Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna yang diumumkan sebelum ini kekal berkuatkuasa seperti biasa.

Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan oleh kerajaan negeri Sabah melalui Jawatankuasa Bencana Alam COVID Sabah yang dipengerusikan setiausaha kerajaan negeri.


sumber : MKN

Post a Comment

Previous Post Next Post