Menteri Agama, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri Disahkan Positif COVID-19

Menteri Agama, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri Disahkan Positif COVID-19

Pasti ramai terkejut, apabila hari ini seorang Menteri telah disahkan positif COVID-19. Ya, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri disahkan positif COVID-19.

Kenyataan ini dikeluarkan sendiri oleh beliau melalui akaun twitter @dzul_albakri sebentar tadi. Beliau memberitahu, beliau kini menjalani rawatan kerana disahkan positif COVID-19 oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Selain itu, beliau menambah, keadaan kesihatan beliau adalah baik sehingga kini.

Dalam pada itu, beliau juga menyeru orang ramai yang hadir majlis yang melibatkan kehadiran beliau sekitar 24 September hingga 4 Oktober agar menjalani pemeriksaan saringan COVID-19 di mana-manan klinik kesihatan dengan segera.

Dr. Zulkifli juga mempunyai sejarah perjalanan di Sabah sebelum ini apabila beliau sempat menyampaikan sumbangan Foodbank YaPEIM kepada asnaf di Kampung Serusap, Tuaran pada 24 September 2020 yang lepas. 

Akhir sekali, beliau mendoakan semoga Allah SWT sembuhkan selamatkan rakyat Malaysia daripada COVID-19 ini.

Diucapkan semoga YB kembali sihat dan mampu menjalani kehidupan seperti biasa selepas ini. Ramai yang mendoakan YB ketika ini. Ikhlas daripada tim hellokerja.

Post a Comment

Previous Post Next Post