Sambutan Hari Sukan Negara 2020 Ditangguh Ke Tarikh Yang Akan Diumumkan Kelak

Sambutan Hari Sukan Negara 2020 Ditangguh Ke Tarikh Yang Akan Diumumkan Kelak

Pihak Kementerian Belia Dan Sukan melalui kenyataan media mengumumkan dimana untuk menangguhkan sambutan Hari Sukan Negara (HSN 2020) ke tarikh yang bersesuai yang akan diumumkan kemudian.

Keputusan penangguhan diputuskan oleh Menteri Belia Dan Sukan, Dato Seri Reezal Merican Bin Nana Merican berikutan situasi peningkatan jumlah kes COVID-19 baru-baru ini yang sepertinya telah kembali ke semua negeri. Oleh itu, sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan risiko, penangguhan ini terpaksa dibuat.

Sambutang Hari Sukan Negera 2020 (HSN 2020) Ditangguhkan

Sambutan HSN 2020 yang dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 10 Oktober 2020 (Sabtu) ini terpaksa ditangguh buat sementara waktu. 

Manakala bagi peringkat negeri-negeri, kementerian-kementerian dan agensi-agenti kerajaan, sekolah-sekolah mahupun persatuan-persatuan dan komuniti sukan yang telah bercadang untuk menganjurkan sambutan bersama bagi merancakkan lagi suasana Hari Sukan Negera juga disarankan untuk mengambil langkah yang sama.

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah memutuskan untuk menangguhkan Sambutan Program Kecergasan KPM Peringkat Sekolah sempena Hari Sukan Negara 2020

Justeru itu, bagi orang ramai yang ingin bersukan selepas ini, pastikan mengikut segala SOP yang telah ditetapkan oleh pihak KKM dan MKN. Jaga diri dan kekal aktif.

Post a Comment

Previous Post Next Post