Cara Dan Proses Permohonan Nikah Bagi Negeri Kedah

Cara Dan Proses Permohonan Nikah Bagi Negeri Kedah

Kepada yang ingin bernikah atau berkahwin tidak lama lagi, sebagai persediaan, anda boleh perlu tahu cara dan proses permohonan untuk kebenaran berkahwin bagi negeri Kedah. Ada proses yang anda perlu ikuti sebelum dibenarkan melangsungkan pernikahan.

Pernikahan bukanlah suatu yang boleh diambil enteng boleh pasangan kerana ianya melibatkan semua pihak. Justeru itu, anda perlu dapatkan kebenaran dari badan yang sah bagi melayakkan anda untuk berkahwin seperti Jabatan Agama Islam Daerah.

Untuk pasangan di negeri Kedah, kalau anda sudah bercadang untuk berkahwin, anda boleh ikuti perkongsian Qadijah Paudzi apakah langkah, cara atau proses permohonan nikah bermula daripada mula sehinggalah dibenarkan melalukan majlis ditempat yang dibenarkan.

Cara Dan Proses Permohonan Untuk Kebenaran Berkahwin Bagi Negeri Kedah

Proses ini dikongsikan di negeri Kedah dan bagi negeri lain, mungkin ada sedikit perbezaan, tetapi secara asasnya adalah sama. Anda juga boleh buat sebagai rujukan.

1.  Pihak lelaki atau wanita mestilah membuat permohonan nikah secara online terlebih dahulu bagi negeri-negeri yang menggunakan secara talian. Setakat ini, antara negeri yang terlibat bagi permohonan nikah online ini adalah Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan

Mohon di pautan ini www.sppim.gov.my/sppim/online/benarnikahonline. Isi secara lengkap maklumat pihak perempuan dan pihak lelaki. Make sure kena ada maklumat mas kahwin.

Cara Dan Proses Permohonan Nikah Bagi Negeri Kedah

2.  Print borang tersebut dan isi berkenaan dengan wali.

Cara Dan Proses Permohonan Nikah Bagi Negeri Kedah

3.  Test HIV dibuat setelah anda sudah print borang tersebut untuk pihak perempuan dan lelaki sebab pada borang tersebut ada borang yang perlu pihak klinik kerajaan isi dan pihak klinik kerajaan akan bagi lagi satu keping surat untuk keputusan HIV. So total untuk HIV ni ada dua keping borang. Keputusan HIV akan dapat on the spot ketika anda buat test. Tak sakit pun ambil darah hujung jari macam kena tulang ikan termenung ja.

Cara Dan Proses Permohonan Nikah Bagi Negeri Kedah

P/s: klinik bagi test HIV hanya klinik kerajaan sahaja dibenarkan

4.  Selepas siap pihak lelaki kena bawa borang yang siap print dan hiv test ke tok imam kariah pihak lelaki dan mintak sign di dalam borang tersebut.

5.  Selepas proses dapatkan tandatangan tok imam, pihak lelaki perlu menghantar borang yang lengkap dan mengikut kehendak prosedur (akan disertakan bersama checklist) dan dapatkan surat kebenaran nikah daripada pejabat agama negeri pihak lelaki. Jika pengantin lelaki dan perempuan sama kariah tak perlu  hantar secara berasingan hanya perlu jika kariah tidak sama dan negeri tidak sama. Pejabat akan akan mengeluarkan surat kebenaran nikah dalam masa 3 hari atau kurang bergantung kepada jumlah permohonan.

Cara Dan Proses Permohonan Nikah Bagi Negeri Kedah

6.  Selepas pihak lelaki dah dapat surat kebenaran nikah, pihak lelaki perlu beri kepada pihak perempuan.

7.  Pihak perempuan juga perlu dapatkan tandatangan wali, dan tok imam bagi borang yang memerlukan tandatangan.

8.  HIV test untuk perempuan, proses sama seperti lelaki.

9.  Pihak perempuan perlu menghantar borang kebenaran nikah kepada pejabat agama kariah pihak perempuan dan disertakan bersama borang kebenaran nikah pihak lelaki.

10. Jika semua tiada masalah inshaAllah tidak akan di reject.

11.  Pihak pejabat agama akan keluarkan satu surat dan pihak perempuan perlu submit kepada imam kariah.

Proses permohonan nikah boleh di buat 90 hari sebelum tarikh nikah. Disarankan jangan buat last minit takot ada kena reject dan jadi kalut. Semoga bermanfaat sharing ini untuk kawan kawan yang masih blurr dalam proses permohonan nikah.


sumber : Qadijah Paudzi

Post a Comment

Previous Post Next Post