Penangguhan Semua Urusan Temu Duga SPA Bermula 14 Oktober 2020

Penangguhan Semua Urusan Temu Duga SPA Bermula 14 Oktober 2020

Sejak seminggu yang lepas, kita dapat lihat peningkatan kes COVID-19 di Malaysia. Ianya bukan berfokus kepada beberapa kawasan tetapi sudah hampir ke seluruh negeri.

Jadi sejak itu, beberapa kawasan dan zon daripada hijau kini sudah memasuki zon kuning dan ada juga zon merah. Sekali gus Kerajaan telah mengadakan beberapa sekatan yang terbaru seperti PKPB di seluruh Sabah dan PKPB di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

BACAIkuti Cara Mohon Kerja Sektor Kerajaan Dengan Menggunakan Sistem Baru, SPA9

Dalam tempoh ini, semua orang perlu berhati-hati jika berada di luar rumah. Sentiasa memakai face mask dan patuhi segala SOP yang telah ditetapkan oleh pihak KKM dan MKN. 

Tangguh Urusan Temu Duga Seluruh Negara

KPM sudah umumkan, sesi persekolahan di kawasan PKPB ditutup. KPT juga telah menangguh kemasukan pelajar secara bersemuka sebelum ini. Ini semua dibuat bagi mengelakkan penularan COVID-19 menjadi lebih parah.

Oleh itu, pihak SPA juga membuat keputusan yang sama. Melalui hebahan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) mengambil keputusan untuk menangguhkan semua urusan temu duga di Pusat Temu Duga SPA di seluruh negara mulai 14 Oktober hingga 27 Oktober 2020.

Dalam tempoh itu, tiada proses temu duga akan dijalankan dibawah SPA Malaysia. Maka penjadualan semula tarikh temu duga bagi tempoh yang terlibat akan dibuat dan calon akan dimaklumkan sewajarnya melalui e-emel.

Jika tidak ingin terlepas, calon juga boleh menyemak urusan berkenaan melalui portal SPA dan FB SPA.

Panduan Menghadapai Temu Duga SPA 

Dengan penangguhan proses temu duga, ini bermakna anda masih ada masa untuk buat persediaan sehabis baik. Jadi dalam tempoh 'pause' ini, anda boleh lagi buat ulang kaji, cari soalan-soalan spot, cari perkongsian pengalaman mereka yang pernah temu duga, tips dan sebagainya.

Jadi untuk itu, kami disini mencadangkan untuk anda dapatkan sahaja panduan Rahsia Lulus Temu Duga Kerajaan dengan mudah ini. Ini kerana, ianya ditulis sendiri oleh panel penemuduga. Beliau tahu bagaimana proses temu duga ini berlaku. Apa perlu buat, tips penting, rahsia dan sebagainya.

Yang penting, tak perlu guna "cable" pun. Dengan harga RM30 sahaja, anda boleh dapatkan eBook berguna ini terutamanya mereka yang bakal menghadiri temu duga SPA ini. Anda klik sahaja gambar dibawah.

rahsia temu duga kerajaan

Jangan lepaskan peluang ini...

Post a Comment

Previous Post Next Post