Neelofa Kini Mempunyai Bilangan Followers Instagram Teramai di Malaysia Iaitu 8 Juta Followers

Neelofa Kini Mempunyai Bilangan Followers Instagram Teramai di Malaysia Iaitu 8 Juta Followers

Neelofa menjadi individu Malaysia pertama yang mencapai 8 juta followers Instagram dan sekali gus menjadi individu yang paling ramai di Instagram.

Pada awal Februari 2020 yang lepas, Dato Sri Siti Nurhaliza merupakan individu pertama di Malaysia yang mencapai 7 juta followers. Kali ini rekod tersebut telah bertukar tangan kepada selebriti dan usahawan terkenal Neelofa.

Neelofa beberapa minggu yang lalu juga telah menggemparkan dunia hiburan tanah air apabila beliau telah mengenakan pakaian niqab. Walaupun tiada pengumuman rasmi tentang pakaian tersebut, tetapi sehingga kini, perubahan itu masih konsisten menerusi posting di akaun Instagram milik beliau sendiri.

Sejak daripada perubahan itulah, followers Instagram Neelofa meningkat dari hari ke hari sehinggalah mencecah 8 juta followers sehingga hari ini (29 Oktober 2020) iaitu lebih sedikit daripada bilangan followers Instagram Siti Nurhaliza.

Untuk makluman, akaun Neelofa mula didaftarkan secara rasmi pada 27 Mac 2012 yang berpengkalan di Malaysia. Sejak ianya dibuka secara rasmi, Neelofa hanya menggunakan username yang sama sahaja iaitu @neelofa. Kini terdapat 8399 posting yang telah dikongsikan dengan orang ramai.

Senarai Top 10 Followers Instagram Teramai di Malaysia Untuk Tahun 2020

Sekarang kita dah tahu, Neelofa merupakan individu yang memiliki followers teramai di Malaysia setakat ini. Jadi siapakan pengguna lain yang mempunyai followers Instagram tertamai dan terbanyak di Malaysia sehingga hari ini.

Berdasarkan senarai 10 teratas ini, kesemuanya adalah selebriti tanah air dalam bidang masing-masing seperti seorang penyanyi, pelakon, usahawan dan pelawak. Ada seorang je lelaki dalam senarai ini. Jom tengok

#1 - Neelofa (@neelofa)

Followers : 8 Juta
Tahun bermula : Mac 2012

#2 - Dato' Sri Siti Nurhaliza (@ctdk)

Followers : 7.9 Juta
Tahun Bermula : Mac 2012

#3 - Zizan Razak (@zizanrazak869)

Followers : 7.6 Juta
Tarikh Bermula : Ogos 2012

#4. Nora Danish (@noradanish)

Followers : 7.2 Juta
Tarikh Bermula : Oktober 2011

#4 - Mira Filzah (@mfmirafilzah)

Followers : 7 Juta
Tarikh Bermula : Ogos 2012

#6 - Janna Nick (@jannanick)

Followers : 6.1 Juta
Tahun Bermula : 2012

#7 - Hanis Zalikha (@haniszalikha)

Followers : 5.9 Juta
Tarikh Bermula : Ogos 2012

#8. Amyra Rosli (@aamyrarosli)

Followers : 5.5 Juta
Tarikh Bermula : Februari 2013

#9 - Scha Alyahya (@schaalyahya)

Followers : 5.4 Juta
Tarikh Bermula : Mac 2011

#10 - Fazura (@missfazura)

Followers : 5.4 Juta
Tarikh Bermula : Mei 2012


*data berdasarkan tarikh 29 Oktober 2020

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended