Anda Kini Boleh Bermain Video Games Di Dalam Panggung Wayang GSC Dan TGV

Anda Kini Boleh Bermain Video Games Di Dalam Panggung Wayang GSC Dan TGV

Satu lagi langkah bijak daripada syarikat panggung wayang. Kali ini mereka menawarkan khidmat bermain video games di dalam panggung wayang. Kali ini datang daripada pihak GSC dan TGV. 

Anda biasa bermain permainan console di TV dan rasa tidak cukup besar saiz skrin? Jangan risau, anda boleh cuba saiz skrin di panggung wayang selepas ini.

Jika sebelum ini syarikat panggung wayang ada juga menawarkan khidmat sewa seluruh hall untuk tontonan privasi. Ini bermakna, anda boleh menonton wayang tanpa orang lain dengan sekali bayaran sahaja. Kali ini mereka kembali dengan tawaran sedemikian tapi dalam bentuk permainan video.

Setakat ini, hanya 2 panggung wayang yang menawarkan tawaran permainan video di pawagam iaitu TGV Cinemas dan juga GSCinemas dengan masing-masing penawaran yang disediakan.

Bermain Permainan Video Console Di Panggung Wayang

Melalui kenyataan di facebook GSC, mereka menawarkan Big Screen Gaming kepada orang ramai untuk bermain permainan console di dalam panggung wayang. Anda boleh bermain PlaySation atau Nintendo Switch bermula dengan harga RM188 selama 3 jam untuk 1 hall.

Anda Kini Boleh Bermain Video Games Di Panggung Wayang GSC Dan TGV

Untuk tempahan, anda boleh hubungi pihak GSC di emel marketing@gsc.com.my

Tetapi setakat ini, perkhidmatan ini hanya beroperasi di GSC Queensbay Mall, GSC Ipoh Parade, GSC AEON Bandaraya Melaka dan GSC Paradigm Mall Johor. Ini kerana kawasan lembah klang masih lagi berada di dalam arahan PKPB.

Antara pakej yang ditawarkan adalah seperti dibawah

Anda Kini Boleh Bermain Video Games Di Panggung Wayang GSC Dan TGV

Selain itu, TGV Cinemas juga ada menawarkan khidmat seperti itu melalui Level Up Experience. Anda boleh bermain permainan video dengan harga bermula RM180 selama 3 jam untuk 1 hall atau RM9/seorang.

Anda Kini Boleh Bermain Video Games Di Dalam Panggung Wayang GSC Dan TGV

Anda boleh bawa apa-apa jenis permainan console seperti PlayStation, Xbox dan sebagainya dan pastikan ada sambungan HDMI port sahaja. 

Terdapat beberapa pakej yang disediakan mengikut kehendak pelanggan. 

Anda Kini Boleh Bermain Video Games Di Dalam Panggung Wayang GSC Dan TGV

Untuk tempahan, boleh terus emel di sales@tgv.com.my. Untuk maklumat lanjut, boleh pergi ke laman sesawang TGV Cinemas.

Post a Comment

Previous Post Next Post