Anda Kini Boleh Tempah Satu Dewan Panggung Wayang Serendah RM260

Anda Kini Boleh Tempah Satu Dewan Panggung Wayang Serendah RM260

Kalau anda nak tengok filem di panggung wayang, tapi takut penularan atau jangkitan virus daripada orang lain, apa kata anda tempah sahaja satu dewang panggung wayang tersebut iaitu dengan harga RM260 sahaja.

Penawaran ini dibuat oleh GSCinemas bagi panggung wayang terpilih diseluruh Malaysia. Penawaran ini dibuat jika anda masih takut, kot-kot anda boleh dijangkiti COVID-19 daripada 'strangers' yang anda tak kenal yang berada di dalam panggung yang sama.

Atau mungkin anda rasa, anda nak ada privasi semasa menonton filem kegemaran. Jadi apa susah, anda tempah sahaja 1 dewan panggung wayang tu dan jadikan seperti panggung anda sendiri selama tempoh filem dimainkan.

Anda bebas untuk nak duduk di seat mana, nak gelak kuat-kuat ke atau nak tidur je sepanjang tayangan. Bayar harga serendah RM260 dan dapat 1 hall panggung wayang. Berminat? Jom tengok cara tempahan yang boleh dibuat di GSCinemas.

Cara Tempah 1 Dewan Untuk Tontonan Filem

Tawaran ini pra syarat mestilah buat tempahan untuk 20 orang serentak dalam satu panggung. Jadi anda datang atau tidak, terpulang.

Langkah 1 : Pilih satu filem yang anda ingin tonton

Anda perlu pilih 1 filem yang disenaraikan yang kini dimainkan dipawagam GSC. Antaranya ialah Vanguard, Fate Stay Night, Mulan, Tenet, Unhinged, Monster Run dan banyak lagi. Boleh tengok senarai di laman web GSC

Anda Kini Boleh Tempah Satu Panggung Wayang Serendah RM260

Langkah 2 : Cari lagi 19 kawan atau kenalan anda

Syarat untuk anda tempah 1 dewan panggung dengan harga RM260 mestilah sekurang-kurangnya 20 orang. Anda tempah dan buat bayaran je. Mereka datang atau tidak, itu terserah. Sebab itu, kalau anda nak tonton sorang diri, bayar je RM260 tu

Anda Kini Boleh Tempah Satu Panggung Wayang Serendah RM260

Lankah 3 : Pilih lokasi panggung wayang GSC

Kemudian anda pilih mana-mana lokasi GSC seluruh Malaysia yang anda ingin buat tempahan tersebut. Harga pada setiap dewan adalah berbeza, jadi anda perlu tengok betul-betul. Harga bermula serendah RM240 sehingga RM410. Kalau tiada dalam senarai, boleh hubungi pihak GSC terus.

Anda Kini Boleh Tempah Satu Panggung Wayang Serendah RM260

Langkah 4 :  Akhir sekali emel tempahan kepada GSC

Jika sudah lengkah langkah 1-3. Anda boleh emel kesemua maklumat kepada marketing@gsc.com.my. Disana, mereka akan menjawab segala kemahuan dan tempahan anda tersebut.

Anda Kini Boleh Tempah Satu Panggung Wayang Serendah RM260


sumber : GSCinemas

Post a Comment

Previous Post Next Post