Pos Malaysia Umumkan Kelewatan Penghantaran Bungkusan Dari Sabah Dan Ke Sabah

Pos Malaysia Umumkan Kelewatan Penghantaran Bungkusan Dari Sabah Dan Ke Sabah

Pos Malaysia Berhad mengumumkan dimana akan berlaku kelewatan penghantaran mel dan bungkusan dari Sabah dan juga ke Sabah berikutan perkembangan terkini COVID-19 di negeri itu.

Kita sedia maklum dari hari ke hari, penambahan kes jangkitan COVID-19 semakin tinggi sehingga mencatatkan 691 yang terbaru (6 Oktober 2020) dan di Sabah sahaja mencatatkan 219 kes yang kedua tertinggi selepas Kedah iaitu sebanyak 397.

Tambahan lagi, baru-baru ini Kerajaan telah mengumumkan arahan Kawalan Rentas Daerah seluruh Sabah bermula 3 Oktober, beberapa buah daerah diarahkan PKPB dan yang terbaru diumumkan sekatan keluar masuk Sabah iaitu bermula 12 Oktober ini.

BACAKerajaan Akan Melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di KK, Penampang Dan Putatan

Jadi disebabkan itulah, segala penghantaran barangan dari Sabah atau ke Sabah dijangka akan mengalami kelewatan untuk tempoh beberapa minggu ini.

Penutupan Pejabat Pos Sandakan

Sebelum ini, Pos Malaysia juga ada mengumumkan dimana Pejabat Pos Sandakan telah ditutup bermula 4 Oktober 2020 sehingga diberitahu kelak. Keputusan ini dibuat berikutan peningkatan kes COVID-19 di Sabah dan juga sebagai langkah waspada seperti yang diarahkan oleh KKM.

Jadi semua perkhidmatan pos di Pejabat Pos Sandakan tidak beroperasi sepanjang tempoh ini. Kawasan yang terjejas di Sandakan adalah dalam lingkungan poskod 90000 - 90799.

Dalam tempoh ini, untuk sebarang transaksi pos, pelanggan boleh kunjungi cawangan Pos Malaysia yang terdekat di lokasi-lokasi berikut:

  • Pejabat Pos Rumah Persekutuan Sandakan
  • Pejabat Pos Batu 1 1/2, Jalan Utara Sandakan

Jadi kepada anda yang ingin menghantar barangan ke Sabah atau menerima barangan dari Sabah, sila cakna berkaitan perkata ini. Jika anda mempunyai sebarang persoalan, anda boleh hubungi pihak Pos Malaysia melalui AskPos di www.pos.com.my

Post a Comment

Previous Post Next Post