Fattah Amin Dan Fazura Dedahkan Nama Anak Perempuan Mereka

Pasangan Fattah Amin Dan Fazura Telah Dedahkan Nama Anak Perempuan Mereka

Kini baby pasangan Fattah Amin dan Fazura sudah berumur 7 tahun dan mereka telah dedahkan nama si comel di dalam sebuah posting video di akaun Instagram

Pada 7 hari yang lepas, melalui Instagram Fattah Amin, dia memberitahu dimana isterinya, Fazura telah selamat melahirkan cahaya mata mereka yang pertama iaitu pada 2 Oktober 2020. Pada posting tersebut, Fattah Amin bersyukur kerana ibu dan bayi selamat dan dilahirkan sihat dan sempurna.

Kemudian dia menambah lagi, dimana mereka akan terus merahsiakan nama dan wajah anaknya sehingga selepas 7 hari selaras dengan sunnah Rasullulah SAW. 

Kini selepas 7 hari, mereka kongsikan klip video Fazura bersama bayinya yang juga turut mendedahkan nama di akaun Instagram fattzuralovelife. Fattah Amin dan Fazura namakan anak perempuanya, Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah. Katanya anakandanya masih muda untuk media sosial, jadi tiada pendedahan wajah comel lagi daripada mereka. 

View this post on Instagram

Assalamualaikum and happy Friday to everyone. It has been seven days since I was born on last Friday, 2nd October 2020. My name is Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah. I am now officially one week older but my parents believe that I am still too young for the world to see me. However, I know so many people are constantly making duas for me, I am indeed very blessed. I want to say Thank you so much and I hope to see you all soon when my Daddy and Mommy think I’m ready :) MasyaAllah.. Love, Fatima. XoXo 💗 Assalamualaikum. Hari ni genap tujuh hari saya dilahirkan pada hari Jumaat, 2hb Oktober 2020. Nama saya ialah Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah. Fatima dah berusia seminggu hari ni tapi Daddy and Mommy kata Fatima masih muda sangat lagi untuk media sosial. Tapi Fatima tahu, ramai yang selalu doakan Fatima. Fatima syukur sangat pada Aunties and Uncles semua. Terima kasih! Fatima pun tak sabar nak jumpa semua bila Daddy dan Mommy fikir Fatima dah bersedia! MasyaAllah.. Love, Fatima. XoXo 💗

A post shared by Fattah Fazura (@fattzuralovelife) on

Sebelum ini, pasangan Fattah Amin dan Fazura telah diijab kabulkanpada 26 November 2017.

Kini akhirnya, mereka telah dikurniakan cahaya mata yang comel dan pastinya akan memberikan lebih makna kepada keluarga mereka selepas ini. Semoga amanah daripada Allah itu dijaga dengan baik oleh ibubapanya dan semoga Nur Fatima Aisya menjadi anak yang solehah

Post a Comment

Previous Post Next Post