Lagi Kes COVID-19, Pusat Beli-Belah 1 Utama Dan Kelab Golf Tropicana Diarah Tutup

Lagi Kes COVID-19, Pusat Beli-Belah 1 Utama Dan Kelab Golf Tropicana Diarah Tutup

Sepertinya kes jangkitan COVID-19 terutamanya di Selangor, semakin hari mencatatkan kes sehingga menyebabkan banyak premis terganggu. Terbaru, pusat beli-belah 1 Utama, Bandar Utama dan Tropicana Golf Club & Country Resort di arah tutup.

Kenyataan ini diumumkan melalui kenyataan media daripada Jawatan Pengurusan Bencana Petaling dengan hebahan melalui Media Selangor. Shopping Mall dan Kelab Gold di Petaling Jaya itu diarahkan tutup bermula pada 11 Oktober 2020.

Keputusan ini dibuat selepas mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung penularan COVID-19 di kedua premis ini. Terbaru, di 1 Utama Shopping Centre terdapat 4 kes positif yang melibatkan 3 pekerja dan seorang pengunjung, manakala di Kelab Golf Tropicana melibatkan 5 orang pekerja. 

1 Utama Dan Kelab Gold Tropican Ditutup

Penutupan yang bermula pada 11 Oktober 2020 ini adalah bertujuan bagi pihak KKM membuat saringan untuk semua kontak rapat dan melakukan proses nyahkuman. Maklumat ini juga turut dikongsikan oleh pihak pengurusan One Utama di laman facebook rasmi mereka.

Atas arahan dan nasihat, mohon kerjasama orang ramai yang mengunjungi 2 tempat berkenaan antara tarikh yang dinyatakan seperti dibawa untuk tampil membuat saringan COVID-19:

  • Bahagian Kosmetik dan Wangian, Aras G, Parkson Elite
    • antara 30 September 2020 hingga 7 Oktober 2020
  • Mac City, Arah Dua
    • antara 25 September 2020 hingga 30 September 2020

Pejabt Kesihatan Daerah Petaling akan melakukan saringan kesihatan COVID-19 di One Utama pada tarikh 14 dan 15 Oktober 2020 bermula jam 9 pagi sehingga 2 petang. Keutamaan proses saringan adalah kepada kontak rapat kes sahaja iaitu pengunjung premis pada tarikh seperti yang dinyatakan.

Diharapkan orang ramai memberi kerjasama supaya penularan tidak berlaku dan berjangkit kepada orang lain.


sumber : media selangor

Post a Comment

Previous Post Next Post