Cara Renew Lesen Memandu Secara Online Melalui MyEG

Cara Renew Lesen Memandu Secara Online Melalui MyEG

Anda ingin perbaharui lesen memandu? Ikuti langkah dan cara renew lesen memandu secara online melalui perkhidmatan MyEG.

Anda kini tidak lagi perlu untuk beratur panjang di kaunter JPJ atau dimana-mana cawangan pejabat pos semata-mata untuk renew lesen memandu. Kan lebih mudah, anda boleh buat hanya daripada rumah sahaja.

Pihak Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah memperkenalkan sistem online perbaharui lesen memandu dimana anda boleh renew secara online dan boleh dibuat dimana-mana sahaja. Cara ini boleh dibuat bermula pada 16 Oktober 2020.

Permohonan boleh dibuat melalui portal MyEG dan seterusnya lesen memandu tersebut boleh terus dihantar ke rumah anda. Jadi jika anda bercadang untuk renew lesen dalam masa terdekat ini, anda boleh ikuti cara dibawah.

Cara Renew Lesen Memandu

Untuk permulaan anda perlu daftar akaun MyEG terlebih dahulu dipautan www.myeg.com.my dan tekan "Creat an account". Anda ikuti semua arahan diberi sehingga selesai pendaftaran. 

Jika sudah selesai daftar, anda log in menggunakan emel dan password. 

Pada halaman ini, anda pilih "Jabatan Pengangkutan Jalan

Cara Renew Lesen Memandu Secara Online Melalui MyEG

Kemudian klik pada pilihan "Driving License Renewel" (Baharui Lesen Memandu).

Cara Renew Lesen Memandu Secara Online Melalui MyEG

Ini bahagian penting dan utama. Anda perlu masukkan butiran dibahagian : 

  • nombor kad pengenalan pemilik lesen memandu tersebut
  • kategori
  • tempoh pembaharuan (1 hingga 5 tahun)
  • no telefon
  • emel
  • kaedah pengambilan

Terdapat 2 kaedah pengambilan iaitu secara delivery atau ambil sendiri di Pusat e-khidmat iaitu di MyEG HQ. Jadi jika anda berada di tempat lain, boleh buat secara pos sahaja. Terdapat caj penghantaran bagi setiap kawasan.

Cara Renew Lesen Memandu Secara Online Melalui MyEG

Jika anda memilih secara delivery, anda perlu masukkan butiran lengkap alamat supaya lesen memandu anda dapat di pos dengan selamat terus ke pintu rumah anda dalam masa 2-5 hari. 

Jika kesemua maklumat sudah diisi, anda klik "Submit/Hantar" dan teruskan dengan bayaran. Siap!

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended