Penduduk Lembah Klang Dibenarkan Rentas Daerah Dalam Fasa 2 Bermula Jumaat Ini

Penduduk Lembah Klang Dibenarkan Rentas Daerah Dalam Fasa 2 Bermula Jumaat Ini

Penduduk bagi kawasan Lembah Klang iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dibenarkan rentas daerah apabila peralihan ke Fasa 2 berkuat kuasa 10 September 2021 

Walaubagaimanapun kebenaran ini hanya diberi kepada individu yang telah lengkap menerima 2 dos vaksin.

Pengumuman ini dibuat oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Ismail Sabri dalam kenyataan media yang memberitahu Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 bersetuju untuk membenarkan peralihan ke Fasa 2 bagi kawasan Lembah Klang.

Keputusan ini dilakukan berdasarkan penilaian risiko semasa yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta MKN.

Ini sama seperti kelonggaran yang diberikan kepada negeri yang telah memasuki Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Disebabkan kebenaran rentas daerah, maka antara negeri-negeri (Selangor, KL, Putrajaya) adalah dibenarkan dan tiada lagi sekatan jalan raya.

Rentas negeri masih tidak dibenarkan kecuali untuk pasangan jarak jauh dan ibu bapa lengkap 2 dos untuk berjumpa anak umur bawah 18 tahun.

Jadi selain kebenaran rentas daerah, antara kelonggaran yang diberikan adalah kebenaran aktiviti pelancongan dalam negeri yang sama yang melibatkan penginapan di hotel dan homestay. Yang penting telah lengkap dua dos.

Bukan itu sahaja, jawatankuasa juga turut melonggarkan SOP bagi aktiviti sukan, riadah dan rekreasi di negeri-negeri di bawa Fasa 1 antaranya :

  • Membenarkan aktiviti sukan indoor kecuali gimnasium, kepada individu yang telah lengkap 2 dos vaksin
  • Fasiliti sukan dan rekreasi komersil tertutup (indoor) dibenarkan beroperasi dengan kawal selia, hanya kepada pelanggan yang telah lengkap divaksin.

Walaubagaimanapun, pengguna fasiliti perlu dilakukan secara janji temu di samping pematuhan SOP yang telah ditetapkan.


Kelonggaran Lain

Bagi sektor perdagangan dan pengedaran seperti perniagaan kedai bunga/nursery, kedai peralatan outdoor dan galeri perumahan akan mula dibenarkan beroperasi mulai 10 September 2021 bagi negeri-negeri yang berada di bawah Fasa 1

Sementara itu bagi negeri yang diletakkan bawah Fasa 2 dan Fasa 3, kelonggaran tambahan bagi aktiviti kedai gunting, hair dresser dan salon kecantikan dibenarkan.

Untuk keterangan lanjut berkaitan Prosedur Operasi Standard (SOP), anda boleh dapatkan di laman web MKN dan kementerian berkaitan.


Post a Comment

Previous Post Next Post