Anda Boleh Perbaharui Lesen Memandu Secara Online Bermula 16 Oktober 2020

Anda Boleh Perbaharui Lesen Memandu Secara Online Bermula 16 Oktober 2020

Demi kearah pendigitalan, bermula 16 Oktober 2020, anda kini boleh memperbaharui lesen memandu secara online melalui portal MyEG. Sudah pastinya urusan lebih mudah dan pastinya dapat menjimatkan masa.

Sebelum ini, jika anda ingin renew lesen memandu, anda perlu pergi sama ada ke Pejabat JPJ atau di mana-mana cawangan pejabat pos. Sampai di sana, anda perlu beratur untuk dapatkan giliran bagi urusan memperperbahurui lesen memandu. Jika ramai orang berurusan, maka lama la urusan anda untuk siapkan lesen tersebut.

Kejadian ini semua dapat dielakkan selepas ini apabila Jabatan Pengangkutan Jalan (PJP) melalui kenyataan media baru-baru ini memberitahu pembaharuan lesen kenderaan motor (LKM), motosikal dan lesen memandu (CDL) secara dalam talian melalui sistem MyEG.

Anda Boleh Perbaharui Lesen Memandu Secara Online Bermula 16 Oktober 2020

Renew Lesen Memandu Secara Online Melalui Sistem MyEG

Anda boleh perbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) motosikal secara online melalui sistem MyEG bermla 9 Oktober manakala bagi Lesen Memandu Kompeten (CDL) boleh dilaksanakan di portal yang sama iaitu bermula 16 Oktober 2020.

Tetapi bagi perbaharui Lesen Belajar Memandu (LD) dan Lesen Memandu Percubaan (PDL) tidak boleh dilakukan lagi secara online. 

Pastinya dengan pengumuman ini akan lagi memudahkan orang ramai berurusan untuk perbaharui lesen memandu. Tidak perlu lagi keluar rumah dikala pandemik COVID-19 yang masih lagi berlaku di dalam negara kita. Ianya juga selaras dengan amalan norma baharu dengan mengelakkan berkumpul di tempat orang ramai di tempat yang tertutup.

Tahniah JPJ, boleh renew lesen kenderaaan secara online dan kini boleh renvew lesen memandu secara online pula.


sumber : facebook jpj

Post a Comment

Previous Post Next Post